Pengikut Tegar, Thanks!

Sunday, November 15, 2009

malas..

dah ada facebook nih, malas plak nak update blog ni..apapahal, silala melawat facebook ku..add me. email:cikgu_biologi[a]yahoo.com. tq!

Thursday, September 17, 2009

Selamattttt, Selamattttt Hari Raya!!!!

kepada semua yang mengenali, selamat hari raya aidilfitri, mohon maaf atas segala dosa, salah dan silap..hari ni aku balik muar amik my beloved wife..esok cargas balik raya umah mak, abh, tok n tokwan mertua..huhuhu..pada semua readers, selamat berhariraya n berhati2 di jalan raya.sama2 la kita doakan satu sama lain selamat sampai beraya di destinasi masing2..

Monday, September 14, 2009

palaotak aku hang..

1. bini aku tak dapat tukar2 lg..
2. kerja banyak gila!!!!!!
3. keta honda aku tak siap2 lg roadtax..dah 2 bulan aku tunggu mcm org gila!!
4. nak raya dah..duit aku akan terhybrid dengan sendirinya.. -tumbuh sayap
5. aku bengang dengan jiran aku yg buat ladang-penternakan-anjing-kat-depan-umah-dia. macam sial tak reti2 benti menyalak..nak tido pun susah. 6 ekor beb!! aku nak pindahhhhh!!!!!

-untuk makluman, ini juga antara sebab aku malas nak update blog aku ni..tunggu la rajin sikit..

Monday, August 17, 2009

Amende la punya mentaliti

Suara MPP: MPP tak pasti bertudung di luar kampus wajib


PEMAKAIAN tudung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) wajib bagi yang beragama Islam dan ia adalah salah satu peraturan yang ditetapkan. Bagi yang bukan beragama Islam, tiada paksaan tetapi mereka digalakkan berbuat demikian.

Itu di kampus. Bagaimana pula apabila di luar kampus. Adakah ia termaktub di dalam peraturan dan apa tindakan yang boleh diambil terhadap pelajar terbabit?


Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM, Muhammad Sofiyussalam Mohamad Johari, berkata pemakaian tudung di kalangan pelajar perempuan beragama Islam wajib ketika di kawasan universiti.

Andai mereka ingkar dengan peraturan itu, tindakan disiplin akan dikenakan.

"Itu jika mereka ingkar memakai tudung di kampus. Bagaimanapun, saya tidak pasti sama ada peraturan itu turut berkuat kuasa di luar kampus," katanya.

Bagaimanapun, katanya jika ia tidak termasuk di dalam peraturan universiti dan pelajar itu dikenakan tindakan disiplin, pihak MPP akan berusaha untuk membantu pelajar berkenaan.

"Jika ada pelajar yang digantung kerana tidak memakai tudung di luar kampus dan ia menyalahi undang-undang universiti, kita hanya memberi nasihat kepada pelajar terbabit," katanya.

Katanya, MPP akan akan menjadi orang tengah untuk berbincang dengan pengurusan universiti.

"Cara terbaik yang boleh kami lakukan ialah bersemuka dengan pihak pengurusan.

"Jika pelajar terbabit melanggar peraturan, kita akan membantu meringankan hukuman.

"Namun, andai ia tidak termaktub dalam peraturan universiti, kita akan berusaha untuk melepaskan pelajar terbabit dari hukuman," katanya. -myMetro Isnin, 17 Ogos 2009


dalam banyak2 isu, isu ni jugak yang tak abis2 dibincangkan..camni la orang islam zaman sekarang. sebab tu la muslimin di dunia ni asik kene tindas je..perintah senang pun susah nak dilaksanakan.

aku bukannya apa. cuma kadang2 terfikir..alangkan suruh tutup aurat yang tak kena bersusah payah nak bunuh orang bagai tu pun kita payah nak buat, apatah lagi kalau suruh pikul senjata nak memerangi para munafiqin dan kafirin..israel laknatullah gelak2 je kalau baca berita nih..

orang kita kat malaysia nih, payah nak cakap la..menda yang tau dah dosa, buat jugak..sebab tak nampak akibat dia depan mata..sama la macam H1N1 nih..dah tau dah boleh merebak melalui sentuhan dan udara, eh takkkk...konsert pegi jugak..disko pegi jugak..shopping berejam2 buat jugak..pastu bila demam sikit, dah mula terhegeh2 pergi hospital..menyusahkan para doktor..pastu bila org ramai sgt, lambat sikit dapat rawatan, mula la maki hamun petugas2 hospital..dey!! apa punya mentality la..ntah la..nak kiamat dah kot..aku pun dalam hati berdoa jugak..BIAR LE KIAMAT DATANG CEPAT SIKIT..aku takut lama2 nanti makin banyak dosa aku buat..tak larat tanggung dah..takut nanti aku jd redha dengan dosa yang aku n org2 sekeliling buat..bukan aku nak kata aku hebat n sempurna, nabi je yg maksum..cuma nak ingatkan..kalau boleh, sblm tdo tu bawak2 la taubat dulu..mana tau, pg2 esok kene kejut dengan malaikat je dalam kubur..sorang pun lom tentu pass, ini 2 malaikat beb..Munkar&Nakir..semoga Allah permudahkan kita..amiin..

Friday, August 14, 2009

Marhaban Ya Ramadhan..


doa
Ya Allah, ya tuhanku..
aku bermohon padamu
panjangkan umurku untuk aku nikmati nikmat Ramadhanmu..
agar dapat aku mengutip redhamu..
mengharung ujianmu ya Allah..

Ya Rabbi..
Kurniakanlah aku kekuatan iman,
keindahan akhlak,
dah kemurahan rezkimu..
peliharalah aku dari termasuk dalam golongan orang-orang yang tidak bersyukur..

Wednesday, July 22, 2009

ManU vs Malaysia..

aku tgk jugak la kat astro..n aku rasa mcm bangang je..1st, apehal la FAM letak team MALAYSIA lwn ngn ManU?? negara lain mana ada buat camtu..dorg hantar kelab je..musykil aku..

bg stengah2 org, mayb benda ni mcm biasa je..bg aku, memang tak patut..kalau sesape yg perasan, commentator astro siap gelakkan lg fenomena yg berlaku hri tu..ayat dia lebih kurang camni.. "can u see the bukil jelil stadium atmosphere..this is the national team playing against ManU, but the visitor fan is all over the stadium"..aku terjemahkan maksudnya lebih kurang camni la..ape kejadah la penyokong2 ManU lg ramai dari penyokong PASUKAN KEBANGSAAN MALAYSIA?? tak rasa malu ke?? satu dunia ble tgk, betapa pasukan kebangsaan malaysia tidak disokong oleh rakyat malaysia sendiri??

dalam hal ni, aku salahkan kedua2 pihak..FAM dan penyokong ManU warganegara Malaysia. FAM sebab memang dah silap dari awal, letak team kebangsaan lawan MU. yg penyokong MU warganegara malaysia plak, ape korang nak jd warganegara ManU ke?? ada korang layak?? lu pk la sendiri..

Friday, July 17, 2009

Akibat Termakan Racun Paraquat..

akhirnya..ni kalau racun betui2 ni, mati dah aku..tp oleh kerana racun tu berupa kata2 dan janji2 manis, aku tak mati..tp aku kopak jugak la 1200RM secara overall..

Photobucket

ni la kuda yang aku beli dari kawan aku..baru bawak balik semalam (16/7)..

dan, petang tu jugak, pas abis keja, bebudak ni dah buli aku cukup2..bayangkan la, dengan lama tak eksersais nya, dengan first time nya, dengan petang semalam ada jamuan makan pulut durian, dorg nak suruh aku panjat bukit pacak yg ngeri belakang kolej..ampes..tak lalu aku..panjat bukit kecik sblm bukit tu pun dan menjelir lidah..tp, berjaya jugak la petang smlm aku completekan 10.8km..kira ok la utk newcomer cam aku ni..first day beb..

Photobucket
ni gambar basikal yg kepenatan..huhuhu

Wednesday, June 24, 2009

ADEH..rasa mcm termakan racun plak..

mcm ampeh je rasa..kenapa aku rasa mcm nak join je team basikal kmpk ni?? adakah kerana napsu?? atau nak ikut org?? atau tekanan kerana ukurlilit pinggang yg semakin besar angkanya dari sehari ke sehari?? hmm..lu pk la sendiri..

Friday, June 12, 2009

subhanallah...

subhanallah

semalam aku belek2 gambar kat laptop ngn ayus (adik aku)..sekali dia ckp.. "eh, perasan tak ada kalimah kat bunga tuh??"

aku tgk bebetul.. "haah laa..baru aku perasan..selama ni takde plak aku nampak"..

ce korang tgk betul2..nampak tak?? ni gambar bunga lily yg aku amik sendiri kat cameron highland..

Thursday, June 11, 2009

Award??

bini aku mengetag aku la pulak...

Photobucket


Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie

1. bini aku
2. cepat menangis
3. suke merajuk ngn aku
4. rajin wat keje umah..
5. pembersih n pengemas no 1..takleh tgk ade bende sakit mata sket kat umah..mesti dia bersihkan/kemaskan..

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya

1. tak suka update gambar dalam blog(spell it MALAS)
2. agak sengkek orangnya
3. ble dikategorikan sebagai OKU..takleh dah bersukan..sport injury
4. menyampah tgk AF, Mentor, Anak Wayang, drama melayu yg tah hape2 dan kaum kerabatnya..
5. dah 6 kali pindah umah
6. aku seorang yg lebih suka menyatakan sesuatu secara tersirat..
7. tidak romantis
8. tak suke duduk tak buat pape kat umah..
9. kalau takde aktiviti jugak, aku tdo..
10. selalu berangan jumpa duit 3 juta tepi katil bila bangun tdo..

Anda perlu memilih 5 penerima award seterusnye dan describe ttg mereka :

perlu ke?? aku mana tau sapa yg ada blog..aku bg kat budakgemok la..dia je yg aku tau kawan blogger aku..huhuhu

Tuesday, June 9, 2009

teka-teki..

apakah yg membuatkan kambing menjadi seekor kambing, lembu menjadi seekor lembu , dan burung menjadi seekor burung??

jawapannya?? tunggu aku rajin sikit lagi..nanti aku bg jawapannya..hehe..

Wednesday, May 20, 2009

Alhamdulillah..syukur..

2-3 hari lepas aku ada terima berita gembira dari Kak Ita, tag-team aku mengajar kat kmj..khabarnya result student2 aku gempak sekali..alhamdulillah..memula aku ada gak la kecik ati..ye laa..takde sorg pun yg sms/call aku ucap terima kasih..bukan nak mengada2..cuma rasa mcm dah dilupakan je bila terjerumus dalam keadaan itu..

rupa2nya, dorg tak tau aku dah takde kat kmj (memang aku tak bgtau pun, hehehehe)..tu yg dorg ingat nak jumpa aku direct..ada dalam 2-3 hari kot, baru dorg tau aku takde..kene plak hari guru..ape lg, menjerit2 la henfon aku..dari pg ke mlm sampai balik pg esok..melambak sms masuk..hang kejap henfon aku..(betul ni, aku tak tipu)..alhamdulillah..ingat jugak bebudak ni kat aku..

to all my students, congratulations. cikgu doakan kecemerlangan semua di dunia dan akhirat, insyaallah..pada kawan2, all d best..

***to en elham..update la blog unit tu woi!! macam tu je aku tgk sejak tinggal harituh..huhuhu

Wednesday, May 13, 2009

Aku di Gopeng..

Alhamdulillah..dah selamat dah jadi lecturer kat perak nih..selesai satu bab..perasaan aku bercampur2..seronok ada, tak seronok ada, geram ada, marah pun ada gak sikit..adakah aku sudah mereng?? maybe..

apa2 pun, aku redha je dengan ketentuan tuhan..aku anggap apa yg aku hadapi nih ujian dari Allah SWt..takpe la..harap2 aku dan bini aku jadi bertambah matang dan kuat lepas ni..

pening pale aku..bini aku tak dapat lg tukar ke perak..JPA dah bg green light, tp bos dia letak syarat nak pengganti serentak..tu yg masalahnya..aku risau bukan apa, blan 6 ni, dia pulak dah nak start mendaftar belajar kat UITM seri iskandar..bukan senang nak dapat peluang..dah banyak kali mintak tu..dah dapat, dugaan lak mendatang..

Ada sesapa yang nak bertukar ke johor?? Muar spesificnya.. jawatan PTPO N17..ble la hantar msj kat aku ke, kat bini aku ke..n aku memang berharap sangat2 ada org yang nak bertukar ke sana..sian bini aku..baru nak sambung belajar, dah macam2 dugaan melanda..moga2 ada hikmah disebalik semua ni..amin..

Friday, April 24, 2009

Babai Tangkak...

lambat aku tulis entri nih..sbb aku tgh pindah..serabut pala, pastu mana aku nak cekau internet..ni pun tumpang umah En. Elham, member aku..hehehe..tenkiu..skang, dengan rasminya aku bukan lg org Tangkak, tp dah jadi org Gopeng!! seb baik tak jadi org minyak..hehehe..seperti biasa, aku memang malas nak letak gambar, so, gambar2 boleh di skodeng di blog bini aku..hehehehe..

Wednesday, April 15, 2009

Siapakah aku sebenarnya????

aku saje2 search n baca blog2 orang lain..n aku jumpa kuiz nih..cam best je..so, aku try..

Your results:
You are Green Lantern
























Green Lantern
80%
Superman
65%
Spider-Man
65%
Catwoman
60%
Hulk
55%
Robin
50%
The Flash
50%
Iron Man
45%
Batman
40%
Supergirl
40%
Wonder Woman
20%
Hot-headed. You have strong
will power and a good imagination.


Click here to take the "Which Superhero are you?" quiz...



apa kata korang try plak?? hehe..thanks to anak mat nor for the quiz..

Student dan aku #2

hari tuh dah dekat nak exam..bebudak dah mula berpusu2 datang jumpa para pensyarah..nak minta ampun, nak mintak restu n nak mintak penampo..hehehe..tu bg yg datang mintak soalan bocor la..ingat aku ni tangki air ke nak bocor2..hehehe..

dalam pada budak dok serius2 mintak ampun, mintak restu tuh, sempat jugak aku kenekan sepam dua..biase laa..dah memang keje aku mengenekan bbudak nih..

student: cikgu, mintak ampun mintak maaf..mintak halalkan ilmu yg cikgu bagi kat kami selama ini..

*****aku tgk dorg dengan tak senyum..masing2 buat muka comel la kunun..

aku: cuba kamu bagitau saya masa dan tempat..bila masa saya ajar ilmu haram kat kamu??

*****bebudak aku terus menepuk dahi sesama sendiri sambil berlari2 keriangan ke arah pintu lift..wahahahahahaha!!!puas ati aku..dari pagi santak ke petang, asik datang dengan ayat yang sama je..kan dah kene..

Aku Kompius...

semalam aku gi la makan ngn bini aku kat satu fast food nih..bese laa..dorg kan ramah mesra..asal aku sampai je ke kanter, dia siap2 greet aku..

"selamat datang..ape khabar?

***pikiran aku melayang jap..

ape aku ni ade kat London ke???

bukan ape..aku rasa, bukan restoran tu je..restoran2 fast food lain pun sama je..yg keje kat kaunter tu org islam..yg datang tu, (aku le tu) org islam..tak reti bagi salam dah ke org2 malaysia nih?? bukan susah pun.. 'Assalamualaikum'..kan senang je..

kalau agak2 dia kompius aku ni melayu ke tak..ye laa..aku sedar diri aku yang-tak-berapa-nak-putih nih..ko tak tgk ke bini aku tuh..tentu2 dah pakai tudung bagai..setau aku, kalau pakai tudung camtu kat mesia nih, org islam je..cina ngn india mana pakai..lg nak buka ada laaa..

so, aku harap sangat la kat HR2 restoran2 fast food nih baca entri aku nih..korang sedar2 la kita ni kat Malaysia..negara yg di declare sebagai negara Islam..kalau nak bagi salam pun susah, tutup je la restoran korang tuh..

***tu pasal aku tak suke sangat makan kat fast food..

Thursday, April 9, 2009

Student dan aku #1

huh! mlm ni tugas plak kat bilik waden..bila dok lepak2 camni, aku tersenyum sorg2 teringat student2 aku yg macam2 ragam..ada satu hari tu, masa 1st day student aku masuk lab utk buat experiment, aku tgk dorg nih mcm stress je..so, aku pun saje je la nak kenekan dorg..hehehe..

aku: ok, ble simpan mikroskop kamu semua..

budak2: baik cikgu..(start kemas2 meja, lilit wayar mikroskop kat body mikroskop)

aku: (dengan muka serius tahap gaban) hah kamu! dah berapa kali saya ckp, kamu tak jugak ikut..

*****aku senyap..budak blank kejap, tak tau aku marah sebab apa..

aku: kelas, saya cakap dulu nak lilit wayar ke badan mikroskop ikut arah jam ke ikut lawan jam??

*****sekali lg budak2 blank..pucat pun ada..tak tentu arah pun ada..masing2 menggelabah..

budak A: ikut arah jam cikgu..

aku: nape ikut arah jam??

budak A: (dengan penuh konfiden) sebab ikut medan magnetik cikgu..

aku: ah, ye..betul sangat le tu..

budak A: (senyum kelat..muka dah pucat..)

budak B: (konfiden angkat tangan..aku tau dah mesti nak jawab lawan jam..) lawan jam la cikgu..

aku: sebab??

budak B: (garu2 kepala sikit..) sebab arus elektrik dia ikut lawan jam..

aku: (aku keraskan nada suara..muka maintain serius..) ustaz mana ajar kamu camtu??

*****budak2 dah gelabah..ikut jam salah, lawan jam pun salah..

aku: kan saya dah bagitau hari tu...kalau lilit wayar mikroskop, ikut..ikut mana??

*****budak2 senyap sunyi, tak berani nak menjawab..

aku: lah...itu pun tak tau??? nak lilit wayar mikroskop lilit ikut??? (aku benti sejenak..mata budak2 buntang menanti jawapan aku ngn penuh saspen..)...........ikut suka hati kamu laa....

*****bebudak aku tergelak besar..ade yg pandang aku berbulu je..wahahaha..tu la..mandom lg dalam kelas aku..kan dah kene sepam..biase le..kalau dalam kelas asik serius je, bebudak pun naik boring..mata asik nak pejam je..sekali2 kene gak bergurau...hehehehe

Lagi 9 hari mau pindah..

adeh..payah tol nak pindah kali ni..sebab..JAUH..lori plak bapak punya susah nak dapat..kalau ada pun, dekat2 1 riban jugak..kopak..patut la org tua2 ckp kalau pindah umah 7 kali akan jadi papa..PAPA tu bukan abah/ayah/bapak n sewaktu dengannya..kalau ble jadi papa tu, aku mmg nak..hehehe..

dah skang ni, aku mmg tgh nak cari lori..sesapa ada lori untuk disewa, ble la contact aku..tangkak-gopeng..

nak cari lorii...nak cari lori...

Thursday, April 2, 2009

hari-hari akhir...

hari ni dah 2 hb..18hb dah nak gerak..hmm..pejam celik, dah 3 tahun aku menetap di bumi Johor ni..rasa sedh plak nak tinggal..memang la berat rasa nak tinggal..nak2 plak bini aku tak dapat tukar lg ikut aku..huhuhu..haru..

pada kawan2 n senior aku, terutamanya kat unit biologi KMJ, thanks bebanyak..banyak yg aku belajar dari semua orang2 nih..banyak jasa dorg kat aku..huhuhu..

adeh..lg 2 minggu je n..banyak lg keje lom setel..nanti2la aku sambung..penat travel lom ilang lg..

Thursday, March 26, 2009

Read my lips.. M.A.N.G.K.U.K!!!!

bengang aku ngn org yg cakap tak suka bkin n pemalas nih..mangkuk tol..masa meeting cakap lan..alih2, time buat keje, aku jugak yg kena..kalo ko pemalas, cakap je la terus terang dalam meeting..yg pegi sanggup nak buat keje tuh pe kejadahnye..kan dah kene maki ngn aku td..sesia idup ko hari ni..

aku dah le tengah kusut nih..memacam dalam kepala ni..mana nak prepare serahan tugas, nak kene siapkan keje sebelum pindah, nak cari lori, dengan umah sewa lom cari lg..isk, boleh down syndrom aku camni..dengan kibod laptop yg payah gila nak lekat urup i..cam hape ntah..nama laptop, tp menap mcm tap kat mesin tap kat pejabat tanah..silap2 tercabut ni kang..

papepun, selamat dah bebudak aku amik xm semalam..nak tergelak ada, kesian pun ada..aku rasa camtu la dulu sifu2 aku gelak dalam ati tgk gelagat bebudak amik pekse..tergaru2, tersengih2..siap gamit2 aku lg nak tanya jawapan..sori..bukan takmau tolong..tp masa tu aku bukan lecturer korang, tp aku pengawas peperiksaan..so, i just did my job..hehehe..nanti rajin aku sambung lg..ade banyak keje lg nak buat..ni pun ngular jap, sebab nak cari idea nak buat soklan..see ya!

Monday, March 23, 2009

Selamat berjaya..

hari ni (23-25 Mac), student2 aku dan semua pelajar PDT matrik akan menduduki final xm (aku taip akan tu sbb la ni pukui 1 pg..aku takleh lena lg..) aku doakan bebudak tuh berjaya la dalam final xm ni..penat aku ngajar..kalo tak paham2 jugak, aku tatau la..mulut aku nih bukan takat berbuih dah, ni dah tahap menanah dah aku nasihat n bg apa yg patut..

harap2 bebudak ni ingat la apa yg aku pesan..jgn gabra, jgn panik, plan masa bebetul n bla bla bla...aku ni memang le lelaki, tp kalau dah start aku merepek2 dalam kelas, ble tahan jugak..hahahaha..

harap2nya, rsut taun ni cemerlang jugak macam taun2 yg lepas..aku risau jugak..sebab aku dah nak pindah ni..kata orang, nak tinggal tu biar la nama dengan nama baik..aku takmau la aku pindah ni, tetiba keluar result, bebudak aku tak skor..kang ade je yg ckp aku tak bersungguh ngajo..tu yg pedis tuh..panas gak cuping telinga kalo dengar..tp tak kot..aku rasa bebudak aku ok mcm taun lepas2 jugak..walaupun ada gak kadang2 menyakitkan ati aku..huhuhu..biasa laa..nama pun student..kalau dah pandai, dia tak masuk matrik dah..

papepun, all d best..sem depan jgn cari aku kat KMJ..aku dah takde dah..hehehe

Sunday, March 22, 2009

Apasal laaa penat sangat..

gila laa hari ni..baru basuh sebijik keta n sebijik skuter, aku dah lepak gila..PENAT!! teramat la ampesnya..

ni baru 28 taun beb..kalo dah 40, aku rasa mau nak pulas kepala paip pun dah tak mampu..nak tau apa sebabnya??huhuhu..tgk pelut sulah tau maa..buncit a.k.a boroi..silakak..ni sume sebab tak bersukan la ni..

nak salahkan sapa??salahkan diri sendiri laa..kalo dulu tak gatal main futsal bersungguh2, mesti ligamen lutut aku masih elok lg..tak terkoyak lg..

tp tu la kan, kalau aku tak main futsal dulu, mungkin aku sekarang ni tgh dicucuk jarum n tiub sana sini..diabetis..isk..tak sanggup aku bayangkan..

takpe la..dah nasib aku..pasni kene bersukan jugak..sukan yg tak kena lari..hmm..main bola kat PS2 kira bersukan jugak kan??muahahahahah!! GILA!

Mukaddimah..

hehee..assalamualaikum n salam sejahtera pada semua..hari ni aku baru start nak memblogkan diriku ini..saje je jeles tgk wife aku ada blog..mana ble tahan..hehehe

hari ni aku nak start ngn mencari kawan2 lama..baru td aku dapat sms dari x-skulmet aku dari derjah satu sampai derjah nam..seb baik tak jahanam..plannya nak wat gathering pas raya haji nih..ntah bila dia nak balik..sangkut kat ulu banat mana ntah kat Sabah nun..sapa la yg ada..so, pada sesiapa yg belajar kat S.K. Langgar dari taun 1988 sampai la 1993, ble la roger aku..ble kita ejas sikit2 apa yang patut..opss..lupa..mastermind gathering ni will be Mrs. Khairul Nisa bt Shamsudin n Husna bt Jaafar (aku tak tau la puan ka cik, tanya sendiri)..betul la kot eja nama depa..lama sangat dah aku tak eja nama depa nih..hehehe

ok la..aku tgh cari bahan nak tambah kat blog aku nih..baru buat la katakan..jakun tak abih lagi..so, pada kawan2, keep in touch..len kali aku cerita lagi..