Pengikut Tegar, Thanks!

Tuesday, June 21, 2011

bila hukum Islam dipandang remeh..

Berita Harian Online | Resolusi hubungan sejenis perlu ditepis

yg aku musykil ni, kat Malaysia ni takdak undang2 pun yg membolehkan hubungan sejenis ni..tp mcm ramai ja semenjak dua menjak ni..tak tau la..kata negara Islam..negara ja kot Islam..

Monday, June 20, 2011

muhasabah diri sekejap..

aku baru je baca kat sini td..tgk encik ajam, senior aku letak kat fb..part yg paling aku minat ialah bila paderi tu tk boleh bezakan antara apa yg muslim (org Islam) buat dengan agama islam tu sendiri..cakap berdegar2 pasal undang2 Islam, tp pahamkah dia apa yang dikatakan dengan undang2 Islam tu??

dia sendiri cakap "there is no such thing as moderate Islam". then? tak paham2 lagi..Islam tu dah memang macam tu dari dulu sampai sekarang. tu tandanya akal manusia tak boleh lawan apa yang Allah tetapkan..cuba la lawan mcm mana pun..hukum yang Allah buat tu dah sememangnya sempurna..kita org Islam ni yang tak mampu nak paham, pastu tak berusaha pulak utk paham..tu yg jadi mcm2..

pengajaran untuk kita: kita mengaku kita beragama Islam, tp Islamkah kita? kita mengaku sebagai penganut agama Islam, tp adakah kita menjaga kesucian agama Islam tu sendiri? kita mengaku bahawa Allah adalah tuhan kita, tp kita buat tak apa yg dia suruh?? tepuk dada tanyalah iman..

Saturday, June 18, 2011

Tarik balik PTPTN kalau bawah 2.0??

JOHOR BAHARU 18 Jun – Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghentikan pinjaman pelajar yang memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0 ke bawah adalah wajar, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ini katanya bagi mengelakkan ketirisan wang pembayar cukai.

"Sesiapa sahaja yang pencapaian PNGK mereka 2.0 ke bawah baik dihentikan pinjaman itu dan pelajar yang kurang komited patut menghentikan pengajian serta memilih untuk belajar semula dalam bidang yang bukan bercorak akademik,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata dengan gred serendah itu, pelajar terbabit akan sukar memperolehi pekerjaan sekali gus menimbulkan masalah dalam pembayaran balik pinjaman PTPTN.

Khaled diminta mengulas kenyataan Ahli Lembaga Pengarah PTPTN Datuk Tajul Urus Md Zin yang dilapor berkata agensi itu tidak akan berkompromi dengan pelajar yang gagal mencatat keputusan memuaskan dan akan menghentikan pinjaman mereka yang mendapat PNGK 2.0 ke bawah secara automatik. - Bernama

ni baru PTPTN. pasni kalau gov buat plak kat elaun bebudak matrik, menarik ni..

Speechless..

KOTA BAHARU 18 Jun – Kelab Wartawan Kelantan Darul Naim (Kemudi) hari ini membidas kerajaan Pas Kelantan kerana menjadikan media sebagai mangsa politik dengan mengharamkan Utusan Malaysia membuat liputan pada majlis rasminya.

Timbalan Presidennya Mohd Harris Hazri Abdul Halim berkata tindakan itu tidak melambangkan Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan demokrasi.

“Seharusnya Pas Kelantan lebih bersikap terbuka kerana rakyat perlu mengetahui hal pentadbiran kerajaan melalui akhbar Utusan Malaysia.

“Perkara ini tidak wajar dipolitikkan dengan Pas menunjukkan kuasa mereka dan mengharamkan wartawan di Kelantan. Apa dosa mereka?,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan Kelantan hari ini mengharamkan akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara yang melibatkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa serta-merta.

Tindakan kerajaan pimpinan Pas itu sebagai respons kepada penyiaran karikatur yang disifatkan mereka menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina oleh akhbar terbabit. - Bernama


aku bukan penyokong mana-mana parti..tp kalau nak bidas pun, tolongla bidas secara celik fikiran..PAS ko kata tak demokratik sebab tak bagi utusan buat liputan pada majlis rasminya. Adakah suratkhabar PAS mendapat apa yg dikatakan demokrasi tu?? kalau dapat, kenapa takleh keluar hari-hari mcm utusan? pada wartawan yang menulis, tolongla tulis berita-berita yang berilmiah sikit..aku malas nak baca berita-berita yang tak mencabar minda ni..tak kira la suratkhabar apa sekalipun..

Thursday, June 16, 2011

Camni pun boleh?

Pistol di kepala guru

-


KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di ibu negara berusia 31 tahun berdepan detik mencemaskan apabila kepalanya diacukan sepucuk pistol oleh seorang lelaki dipercayai bapa muridnya, kelmarin.

Difahamkan, bapa berusia lewat 30-an itu dikatakan berang apabila guru terbabit mengetuk kepala anak perempuannya berusia 11 tahun dengan pembaris selepas gagal menjawab soalan ketika sesi pembelajaran, Isnin lalu.

Malah, lelaki sama dikatakan pernah menyerang seorang guru lain bersenjatakan pump gun tiga bulan lalu akibat tidak berpuas hati dengan tenaga pengajar itu sebelum kes itu diselesaikan pentadbiran sekolah berkenaan.

Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9.30 pagi semalam, suspek yang ‘naik hantu’ menceroboh sekolah berkenaan sebelum menyerang guru terbabit yang sedang bersarapan di kantin.


Menurut sumber, sebaik menghampiri mangsa, suspek terus menghamburkan kata-kata kesat kepada guru berkenaan.

sumber: http://www.hmetro.com

-seronok betul duduk dalam dunia pendidik ni..

intelligence vs attitude

intelligence-semua org ada..bergantung pada bidang masing2..tak ada seorang manusia pun yang pandai semua benda..ya, engkau memang seorang professor dalam rocket science..try tebar roti canai tengok..ada mcm pakcik kat kedai roti canai???

attitude-tak semua org ada..engkau tak pandai pun, tapi engkau bleh jd lagi power daripada org yg intelligence kalau attitude kau betul..

intelligence+attitude= maveles

intelligence-attitude=jahanam la dunia ni

attitude-intelligence=survive

-intelligence,-attitude=berdoalah banyak-banyak supaya terus dapat rezeki dan hidup lama..