Pengikut Tegar, Thanks!

Saturday, June 18, 2011

Speechless..

KOTA BAHARU 18 Jun – Kelab Wartawan Kelantan Darul Naim (Kemudi) hari ini membidas kerajaan Pas Kelantan kerana menjadikan media sebagai mangsa politik dengan mengharamkan Utusan Malaysia membuat liputan pada majlis rasminya.

Timbalan Presidennya Mohd Harris Hazri Abdul Halim berkata tindakan itu tidak melambangkan Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan demokrasi.

“Seharusnya Pas Kelantan lebih bersikap terbuka kerana rakyat perlu mengetahui hal pentadbiran kerajaan melalui akhbar Utusan Malaysia.

“Perkara ini tidak wajar dipolitikkan dengan Pas menunjukkan kuasa mereka dan mengharamkan wartawan di Kelantan. Apa dosa mereka?,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan Kelantan hari ini mengharamkan akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara yang melibatkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa serta-merta.

Tindakan kerajaan pimpinan Pas itu sebagai respons kepada penyiaran karikatur yang disifatkan mereka menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina oleh akhbar terbabit. - Bernama


aku bukan penyokong mana-mana parti..tp kalau nak bidas pun, tolongla bidas secara celik fikiran..PAS ko kata tak demokratik sebab tak bagi utusan buat liputan pada majlis rasminya. Adakah suratkhabar PAS mendapat apa yg dikatakan demokrasi tu?? kalau dapat, kenapa takleh keluar hari-hari mcm utusan? pada wartawan yang menulis, tolongla tulis berita-berita yang berilmiah sikit..aku malas nak baca berita-berita yang tak mencabar minda ni..tak kira la suratkhabar apa sekalipun..

No comments:

Post a Comment