Pengikut Tegar, Thanks!

Wednesday, August 18, 2010

Muhasabah diri sendiri..

tingkatan ibadah:
1) tingkat saudagar (
Raja' ): beribadah sbb mahukan ganjaran (pahala).
2) tingkat hamba (
Khauf) : beribadah sbb takutkan tuannya (tuhannya).
3) tingkat ikhlas (
Hubb) : beribadah sbb suka untuk melakukan ibadah tersebut..


...aku?

selamat beribadah di bulan Barakah..

Tuesday, August 17, 2010

Camni Boleh ke??

Syarat gaji RM600 amah kerja 2 tahun


2010/08/17

KUALA LUMPUR: Gaji minimum RM600 sebulan ditetapkan Kerajaan Indonesia dibayar majikan kepada pembantu rumah rakyat negara itu hanya diberi kepada mereka yang berkhidmat dua tahun dengan majikan berkenaan.

Kaunselor Penerangan, Sosial dan Budaya, Kedutaan Besar Indonesia, Widyarka Ryananta, berkata penetapan itu sudah dilaksanakan awal tahun lalu yang menjadi antara syarat memperbaharui pasport pembantu rumah
Beliau berkata, syarat itu dipersetujui antara pihaknya dan pembantu rumah sebelum datang ke negara ini.

"Itu adalah kesepakatan antara amah dengan kita (Indonesia) saja, tanpa membabitkan Kementerian Sumber Manusia kerana peranan itu tidak dimainkan agensi pembantu rumah,” katanya kepada Berita Harian ketika mengulas aduan majikan membayar gaji minimum RM600 sebagai syarat memperbaharui pasport.
-sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SyaratgajiRM600amahkerja2tahun/Article/index_html


cerita hangat masa kini untuk mereka2 yang ada menggaji bibik dirumah..walaupun umahaku takde bibik sbb tak ada keperluan utk itu, aku tetap terpikir pasal isu ni..sbb selalu sgt dengar akak2 kat sekeliling aku yang kecoh bercerita pasal isu ni..

kekadang aku rasa mcm taklogik la dorg2 yg memikiokan pasal isu2 bibik nih..memula nak mintak cuti wajib sehari dalam seminggu..pastu mintak gaji minimum plak..musykil aku..ni sapa yang boss sebenaqnya nih??

salah siapa? salah diri sendiri jugak..org malaysia semua stendet tinggi2..ape kelas jadi pembantu rumah..aku ada SPM la beb..SPM..ye..spm ko tuh yang kalau grafnya standard, nescaya ko fail semua subjek..

bukan nak membangga diri..tp cuma nak bagi sikit penerang hati..apa hina sangat ke jd pembantu rumah?? sanggup mintak sedekah, duduk lepak tepi jalan..padahal kederat tu kuat lg..nak lagi haru, sanggup buat bisnes haram..jual badan..ya, mmg kaya..mmg dapat duit banyak..tp masa kita mati, org kambus dengan tanah, bukan dengan duit..

pada mereka2 yang datang dari seberang plak, org malaysia ni bukan kedekut sangat..tp kami sendiri tgh struggle nak idup dalam dunia yang asal menguit sikit, keluaq duit..bukan tak boleh nak bg gaji minima 600 tu..boleh sangat..tp duduk umah tu, bayar la sewa..mkn tu takpe la, apa yang adakat umah, ko sebat laa..amacam??sewa bilik letak la 250 paling murah..ada berani??

p/s: cerita di atas tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, atau tidak..

Sunday, August 15, 2010

Alhamdulillah..

Obama defends plan to build mosque near ground zero

Ramadan dinner speech: 'Muslims have the right to practice their religion as anyone else'


WASHINGTON — Weighing his words carefully on a fiery political issue, President Barack Obama said Saturday that Muslims have the right to build a mosque near New York's ground zero, but he did not say whether he believes it is a good idea to do so.

Obama commented during a trip to Florida, where he expanded on a Friday night White House speech asserting that Muslims have the same right to freedom of religion as everyone else in America.

The president's statements thrust him squarely into a debate that he had skirted for weeks and could put Democrats on the spot three months before midterm elections where they already were nervous about holding control of the House and maybe even the Senate. Until Friday, the White House had asserted that it did not want to get involved in local decision-making.

Image: An anti-mosque ad depicts a plane about to crash into a flaming World Trade Center and a proposed mosque.
Ho / Reuters
An anti-mosque advertisement juxtaposes a plane about to crash into a flaming World Trade Center with a viwe of a proposed mosque near ground zero. The ads will begin appearing on New York City buses as soon as next week.

The White House quickly followed up on Obama's latest comments on the matter, with Obama spokesman Bill Burton saying that the president wasn't backing off in any way from the remarks he made Friday.

"What he said last night, and reaffirmed today, is that if a church, a synagogue or a Hindu temple can be built on a site, you simply cannot deny that right to those who want to build a mosque," Burton said.

New York City Mayor Michael Bloomberg, an independent who has been a strong supporter of the mosque, welcomed Obama's White House speech as a "clarion defense of the freedom of religion."

Florida Gov. Charlie Crist, who was among those who met with Obama on Saturday, lauded the president's position. Crist is running for the U.S. Senate as an independent.

via: http://www.msnbc.msn.com/id/38698500/ns/politics-white_house/

Alhamdulillah..aku bersyukur kerana Allah memberi rahmatnya di bulan Ramadhan ini. bg aku, ini satu kemenangan bagi ummat Islam seluruh dunia.

aku mmg tak suka bila Islam dikaitkan dengan terrorist. memang bodoh orang2 yang beranggapan sedemikian. alasan yang diberi, amat tak logik. konon sbb tak menghormati perasaan keluarga mereka yang terbunuh di Ground Zero tuh..mana bukti yang mengatakan orang Islam yang buat terlibat? setakat teori je, sapa2 pun boleh buat.

bila org Islam yang nak buat masjid, kecoh satu dunia..kenapa Israel yang terang2 nk tubuh NEGARA (konon), bunuh rakyat Islam Palestin dan hancurkan terus, malah sekat lagi segala-gala masuk ke Palestin tu korang buat dekk je?

walau mcm mana pun, aku sebagai ummat Islam, berbangga dan bersyukur serta berdoa agar Islam berkembang mekar di seluruh dunia. Takbir!!

Wednesday, August 11, 2010

kawin usia muda??

2-3 hari ni banyak surat khabar dan kawan2 kat cafe (sblm posa la) asik dok kupas isu nan satu ni..macam2 gaya keluaq..dari gaya cikgu sains,gaya tok ketua kampung, gaya tok imam, gaya YB..pendek kata, macam2 ada..tp panjang tak kata apa2..

ada yang kata baguih..bila kawin muda ni boleh elakkan zina..boleh ajaq budak2 muda zaman la ni berdikari, cari makan sendiri..

yang persatuan wanita pulak mula melompat..mana boleh benda macamtu kita buat..maruah wanita kita tak hormat..lalu keluarla cadangan utk mantapkan lagi pendidikan seks supaya tak berlaku lagi kes buang bayi..

arakian aku kat tepi, tersengih2 seorang diri..sokong tidak, bangkang pun idak..sbb aku rasa kedua2 pihak tak kena gaya..

kawin muda tu bagi aku tak salah..tp kita kena balik pada hukum Islam yg syumul..hukum nikah ni ada macam2..sunat, harus, makruh, wajib dan haram..tgk sendiri diri kita duduk dalam golongan yang mana..

kalau umur baru 15, lepas tu galak nak menikah, baik tak payah..pi balik umah menuntut ilmu agama dulu bagi cukup..umur 15 mmg la boleh dah bagi nafkah..tp zaman sekarang ni, nak harap nafkah batin saja mana boleh..perut mmg buncit, tp bukan sebab kenyang..cukup masa nak kena fikir lg mulut yang bertambah untuk disuap makan..

jangan ikut nafsu, lesu kita..ikut hati, mati..ikut la islam dan iman..dah tentu2 hidup kita aman..

pada persatuan wanita, mintak maaf la saya nak kata..kenapa kalau menikah muda tu merendahkan maruah kaum wanita?? bagi saya yang tak berapa tera ni, tujuan kahwin tu sbb nak jaga maruah perempuan la..kalau tak kawin, macam mana nak elak zina?

nak suruh ajar pendidikan sex?? cuba tuan puan jelaskan, nk ajar pendidikan sex yang macam mana?? anak murid lagi pakar dari para pengajar..zaman pengajar dulu, lepas kawin baru boleh tengok aurat isteri..zaman sekarang, kawin belum tentu, dah boleh tengok serba serbi..bukan setakat tengok, dah boleh test drive sekali..

bagi hamba pacal yang hina ni, selagi Islam tu kita letak kat belakang, letak kat tingkat yang paling bawah, selagi tu la masyarakat kita tak boleh nak berubah. nak cakap banyak2, sat lagi jd kot lain..cakap sikit2 sudah..moga2 yang aku ckp sikit ni, maksud yang tersirat tu sampai di hati2 mereka2 yang berkenaan..

yang baik itu dari Allah SWT. yang tak elok tu, datang dari kelemahan dan kealpaan diri aku sendiri..wabillahi taufiq, wal hidayah..

Alhamdulillah..bertemu lagi kita tahun ni..

Ramadhan Bulan Bertuah

Bulan ramadhan bulan bertuah
Bulan ibadah bulan mujahadah
Bulan rahmat bulan maghfiroh
Bulan Al-Qur'an dan lailatul qadar

Besarkan ramadhan dengan puasa
Diwaktu malamnya tambahkan ibadah
Bacalah Al-Qur'an banyakkanlah sedekah
Teraweh kerjakanlah walaupun sunnah

Pelihara mata jagalah telinga
Kawallah lidah dari yang sia-sia
Fikirkanlah yang mendatangkan faedah
Hubungkan hatimu dengan Allah

Zikir, shalawat, do'a panjatkan
Pahala ramadhan dilipat gandakan
Jangan lupakan jangan lalaikan
Ramadhan tiba setahun sekali

Bulan ramadhan bayarlah fitrah
Untuk membersihkan hati dan diri
Sebagai bantuan kepada yang susah
Agar mereka gembira di hari raya

Allahu ya Allah...
KepadaMu kami beriman
KarenaMu kami berpuasa
Di bulan ini bulan yang mulia

Kami mohon rahmatMu ya Allah...
KeampunanMu wahai Tuhan...

Banyakkan i'tikaf di sepuluh hari terakhir
Lailatul qadar berlaku di malam itu
Kita kan mendapat pahala yang besar
Seperti beribadah seribu bulan


Thursday, August 5, 2010

Keliru.

Tegang kejap urat saraf otak aku bila tgk berita tv3 td.. "Pink Lady"..musykil aku..awat la bubuh tajuk tu..dah tentu2 subjek utama tu spesis XY..awat jadi lady??

aku bukan anti lelaki lembut. mereka juga manusia ciptaan Allah. tp aku benci lelaki yang berpewatakan perempuan a.k.a mak nyah. lelaki lembut dah maknyah ni ada perbezaan yang amat luas sekali.

bagi aku, lelaki lembut tu fitrah Allah. Allah jadikan dia dgn sifat lemah lembut. tak salah. biasa la sifat lemah lembut tu..ramai pun orang2 yang aku kenal yang lembut, tp boleh hidup pun sebagai lelaki biasa. siap dah kawin ada anak empat lima org..aku sendiri yang keras ni pun lom ada rezeki lg..

sbb tu aku takleh terima bila seorang lelaki tetiba nak tampil perempuan, pastu siap modified badan lg..elok2 stendet, dah bengkak sana-sini. kalau modified jd power takpa la jugak..ni modified bg jahanam. ntah la..dari segi biologi, yg mana aku belajar dan mengajar, ko overvaul la macam mana pun bentuk tubuh badan ko tuh..genetik ko tetap XY..walaupun ko dah buang senjata kelelakian ko tuh, ko tetap tak boleh beranak..ur artificial breast cannot produce milk..

ko ingat ko dah terror..tp ko silap..ko sebenarnya terrorist..Allah dah buat ko elok2, ko pegi ubah..tak bersyukur..

n same goes to the women..sama jugak..elok2 dah jadi pompuan, nak tukar jd lelaki..stakat tukar pakaian dan gaya jalan, tak dapat ubah hakikat yg kau tu sebenarnya perempuan..genetik ko ttp XX..kalau dah rasa lelaki sangat, cuba la buka baju time tgh mandi kat laut ka, sungai ka tgh ramai2 org tu..ada berani?? masa tu baru nak teringat yang diri tu pompuan kot??

aku bukan nak ckp aku ni bagus sgt..aku tak sempurna..aku cuma insan biasa yg rasa ada kewajipan aku untuk menegur..kurang2 lepas dah dosa aku dari hanya meredhakan benda tak betul yg aku tgk dan dengar.

n please..untuk mereka2 yang terasa tempiasnya, jgn asik salahkan org lain..diri sendiri tu yg patut disalahkan..Allah hantar kita ke dunia ni dengan bekalan yg makhluk lain tak ada..amende tuh?? AKAL. Allah dah bagi, guna la..kalau tak, taraf kita sama la dengan lembu, kambing, ayam, pokok pisang dan sebagainya..tu taraf kat dunia la..kat akhirat, lain cerita..lembu tak masuk neraka..manusia kalau tak pakai AKAL tu, na'uzubillah..mintak dijauhkan la dari api neraka..jgn kata kena bakaq, kena jilat pun belum tentu kita ble stay in one piece..

sama2 la kita ingatkan diri kita, dan orang2 sekeliling kita..yg baik tu dari Allah taala..yg tak elok, bahasa tah hapa2 tu dari diri aku la yang tak sempurna ni..Wallahu a'lam..