Pengikut Tegar, Thanks!

Wednesday, August 11, 2010

kawin usia muda??

2-3 hari ni banyak surat khabar dan kawan2 kat cafe (sblm posa la) asik dok kupas isu nan satu ni..macam2 gaya keluaq..dari gaya cikgu sains,gaya tok ketua kampung, gaya tok imam, gaya YB..pendek kata, macam2 ada..tp panjang tak kata apa2..

ada yang kata baguih..bila kawin muda ni boleh elakkan zina..boleh ajaq budak2 muda zaman la ni berdikari, cari makan sendiri..

yang persatuan wanita pulak mula melompat..mana boleh benda macamtu kita buat..maruah wanita kita tak hormat..lalu keluarla cadangan utk mantapkan lagi pendidikan seks supaya tak berlaku lagi kes buang bayi..

arakian aku kat tepi, tersengih2 seorang diri..sokong tidak, bangkang pun idak..sbb aku rasa kedua2 pihak tak kena gaya..

kawin muda tu bagi aku tak salah..tp kita kena balik pada hukum Islam yg syumul..hukum nikah ni ada macam2..sunat, harus, makruh, wajib dan haram..tgk sendiri diri kita duduk dalam golongan yang mana..

kalau umur baru 15, lepas tu galak nak menikah, baik tak payah..pi balik umah menuntut ilmu agama dulu bagi cukup..umur 15 mmg la boleh dah bagi nafkah..tp zaman sekarang ni, nak harap nafkah batin saja mana boleh..perut mmg buncit, tp bukan sebab kenyang..cukup masa nak kena fikir lg mulut yang bertambah untuk disuap makan..

jangan ikut nafsu, lesu kita..ikut hati, mati..ikut la islam dan iman..dah tentu2 hidup kita aman..

pada persatuan wanita, mintak maaf la saya nak kata..kenapa kalau menikah muda tu merendahkan maruah kaum wanita?? bagi saya yang tak berapa tera ni, tujuan kahwin tu sbb nak jaga maruah perempuan la..kalau tak kawin, macam mana nak elak zina?

nak suruh ajar pendidikan sex?? cuba tuan puan jelaskan, nk ajar pendidikan sex yang macam mana?? anak murid lagi pakar dari para pengajar..zaman pengajar dulu, lepas kawin baru boleh tengok aurat isteri..zaman sekarang, kawin belum tentu, dah boleh tengok serba serbi..bukan setakat tengok, dah boleh test drive sekali..

bagi hamba pacal yang hina ni, selagi Islam tu kita letak kat belakang, letak kat tingkat yang paling bawah, selagi tu la masyarakat kita tak boleh nak berubah. nak cakap banyak2, sat lagi jd kot lain..cakap sikit2 sudah..moga2 yang aku ckp sikit ni, maksud yang tersirat tu sampai di hati2 mereka2 yang berkenaan..

yang baik itu dari Allah SWT. yang tak elok tu, datang dari kelemahan dan kealpaan diri aku sendiri..wabillahi taufiq, wal hidayah..

No comments:

Post a Comment