Assalamualaikum dan selamat meneruskan ibadah puasa..
firstly, entry ni bukan sbb diri aku..sbb aku ni tak la berapa muda dah pun..jadi disitu sudah dapat menangkis tohmahan2 liar yang berlegar2 dalam kepala anda..hahahaha..
terasa nak menaip ni bila baca kat net pasal kawin2 muda ni..kat fb terutamanya..tertanya2 jugak, bila tgk komen2 dalam tu, ramai yang ckp nikah muda ni boleh elakkan zina, maksiat, fitnah dan sewaktu dengannya. Secara jujurnya, aku tak setuju dengan kenyataan tersebut sepenuhnya.
Komen2 tersebut mmg betul kalau hangpa semua memang dah masuk tahap wajib kawin pada usia muda. Ya, aku setuju. Tp kalau hingus pun dok meleleh lagi, baca fatihah pun kena tgk kitab, nak beli sependa pun pow duit mak bapak, sorry to say..nendia pantun nak bagi kat hangpa. naik ketapi pakai baju merah, piiiirahhh..
hangpa ingat kahwin tu mcm main masak2 ka? mintak maaf la tuan2 dan puan2.. setakat nak kawin sebab nak elakkan zina konon..hangpa kawin sebab nak beromen saja ka? tanggungjawab plak nak letak tang mana? makan pakai, dosa pahala, semua tu hangpa ingat belakang kira ka? akal Allah bagi, guna betul2..sebab tu Allah buat otak duduk atas sekali..suruh kita muliakan..supaya bila kita berfikir dengan otak, mmg nampak perbezaan bila kita pikir ngn pala lutut.
Secara logiknya, kalau la semata2 dengan nikah tu masalah2 maksiat, zina, fitnah dsb dapat disetelkan, hangpa tak fikir ka kenapa Allah tak fardhukan terus nikah tu terus keatas umat Islam? kira kalau tak kahwin, berdosa besar. Boleh fikir? Ka palaotak kejang seketika??
dah la..malas aku nak cakap banyak2..sebelum hangpa dok gatai meghela nak kawen muda konon, check dulu diri hangpa tu..boleh tak boleh nak jaga anak orang, nak tanggung dosa dia kalau dia buat dosa. yang perempuan pulak, boleh ka dak nak didik hati tu nak jadi isteri taat, isteri solehah. Jangan lupa, kalau suami tak berjaya didik isteri, dan isteri pun tak reti2 bila kena didik, akhirat tu amik la habuan. baik mcm mana pun lelaki tu, kalau bini dia tak lepas timbangan, dengan suami2 sekali kena tarik join sekali.
last skali, kalau hangpa ingat nikah tu penting sangat, cuba gerakkan sikit neuron2 dalam otak tu, fikir. kenapa agaknya solat dan puasa tu Allah fardhukan atas kita semua? Bukan untuk didik jiwa? bukan untuk didik nafsu? agak2 bleh setel dak problem yang selama ni diwar2kan boleh disetelkan dengan kawin muda konon2 nya tu??
:) aku pun tak perfect..Allah juga yang perfect. entri ni bukan tujuan nak tunjuk aku hebat ka apa. saja nak nasihat diri sendiri..
Pengikut Tegar, Thanks!
Friday, August 3, 2012
Sunday, July 29, 2012
Marilah Menepati Janji
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
Lagu Tema – Janji Ditepati (Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55) Lirik
Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati
Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi
(Chorus)Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Ini janji kita
BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia
Mari menepati janji. Jangan jadi orang munafik. Sekian, terima kasih.
Monday, February 27, 2012
Terkepit dan tersepit..
assalamualaikum..
lama dah rasa tak menconteng dalam blog..bukan apa, banyak gheja nak buat..krem palaotak jugak seminggu dua ni..adeh..
malam ni macam susah nak lena..kalih kiri tak sedap, kalih kanan mata takmau pejam..ni semua donia la ni..isk..
dalam palaotak ni takdak lain dah..tgh ligat dok pusing tang mana nak cekau duit tambahan..bukan nak kata tak bersyukur, tp dok tgh nak cover balik kesilapan masa muda-muda..memang la orang suruh pelan-pelan kayuh, tp kalau dok kayuh pelan-pelan, naik bukit pulak tu, bila nak sampai??
kdg2 mai berangan mengarut2, mula la skodeng bawah katil la, selak2 buku lama2 ka..mana la tau kot2 ada terselit tigapatratuihribu..buat kenduri teruih aku..
memang payah hidup zaman la ni..dan aku memang respek kawan2 dan orang2 sekeliling aku yang boleh menyambung hidup dengan pendapatan yang kurang dari aku..aku tak kaya pun, tp memang ramai la yang pendapatan lebih rendah dari aku..dah, nak baca, baca elok2..jangan dok skeptikal..sat lagi aku stalait skali, meleleh cecair hidung..
pada masa yg sama jugak, aku bersyukur sebab isteri aku sudi membantu aku meringankan beban belanja rumah..kalau nak ikutkan, memang la duit dia, duit dia la..duit aku pun duit dia jugak..tp dia tak berkira pun tolong aku..Alhamdulillah..tu yg buat aku tak pasang niat nak bukak cawangan tu..hahahaha..bukan apa, kalau dah sedaq diri sendiri tak mampu, ujung bulan dok harap ke duit bini nak bubuh minyak pi gheja, bawak2 la mengucap banyak2 kalau ada niat nak tambah cawangan..kesian ke bakal cawangan tu..tapi takpa..kita kan ada BR1M..kalau ada 4 bini, ble dapat 2k tu..hahahahahaktuih..
dah mula dah nak merapu tak ketahuan hala ni..ni semua duit punya pasai la ni..takpa..ulat dalam batu pun boleh hidup..esok aku try la makan batu..mana tau ble jadi mcm ulat tu..jimat belanja aku beli beras..
nak cari kayuuu, nak cari kayu..
assalaamualaikum..
Tuesday, January 31, 2012
Attitude..
assalamualaikum dan salam sejahtera..
ada sikit je benda nak share mlm ni..
1. seekor lembu boleh ditarik ke tepi sungai, tp sampai bila-bila pun tak boleh kita paksa lembu tu minum..kalau "lembu" pulak, bukan setakat nak paksa minum, nak tarik pegi tepi sungai pun susah..
2. ikan yang hidup bertahun2 dalam laut, tak masin2 pun isi dia, tetap kena tambah garam..tp "ikan" kat darat plak, tak payah celup dalam garam, tak masuk lagi laut dah terlebih masin..
3. jadi la mcm siput babi..immune..dari kecik orang panggil dia babi..dia selamber je meneruskan idup..hidup kena positif..jangan asyik nak fikir negatif..rahmat Allah tu luas..pandai2 la kita cari..Allah takkan mengubah hidup satu kaum yang tak mahu mengubah dirinya sendiri..
wallahua'lam..
Thursday, January 26, 2012
hasil hari ni..
adeh..cuti2 ni bosan plak lepak umah..bila tak gi kerja mcm ni la jadinya..lemau! pagi2 td, badan dah mula rasa mcm berkarat..nak gerak sikit pun dah tak sedap..penuh angin satu badan ni..so, aku decide untuk menggerakkan sikit tulang pat kerat aku ni..
yeaa..mari memandikan seekor kelisa..
dah lama aku tak basuh keta..naik berkerak dah..bila nak basuh, ujan..terus takjadi nak basuh..sbb bila basuh, keta kita basah..kalau ujan pun basah jugak..so, sama ja mcm tak payah basuh..cam cilanat punya falsampah..
fuh..penat jugak basuh keta ni..teringat pulak kat kedai2 basuh keta..aku yang basuh sebijk keta ni pun penat terjelir lidah, ni kan plak depa yang sari2 dok ada tigapatploh bijik keta..stengah nyawa jugak tu..tula..sapa yang kata cari duit ni senang? aku tak setuju..pada adik2 dan anak2 yang kerjanya mengabihkan duit mak bapak tu, beringat la..nak dapat sekupang pun payah..nak kena usaha..
ni satgi ada plak yang kata, aladin senang ja dapat duit? main gosok2 pelita keluar jin..jin yang bagi duit..ni aku nak habaq pi kat hangpa..yang dia dok gosok2 pelita tu bukan nama dia usaha ka?? duit tak datang menggolekkan dirinya sendiri kat hangpa..kerana duit itu leper sifatnya..duit syiling walaupun bulat, kebarangkalian dia nak bergolek atas bulatan tu berapa persen ja pun..berenti la mimpi..pi buat benda2 berfaedah sikit..
abihtu? yang dok berdakwah, dok berceramah tu dapat duit ka? isk..ni lagi soalan yang aku rasa tak berapa patut dijawab..rezeki Allah taala tu luas..hangpa ingat, org yang berdakwah tu tak reti pakai otak ka? kalau dia tak reti pakai otak, dia tak berdakwah la..sumber duit orang, jgn persoalkan..rezeki dia, Allah dah tulis..rezeki kita pun sama la jugak mcm tu..yang penting, usaha..lagipun, kita hidup ni nak cari bekal..bekal sementara hidup atas dunia ni, dan yang penting bekal di alam baqa' nun..kekal kat sana..kalau bekal sikit2, cukup ka? kat dunia nipun, kalau bekal sikit2, mau mencungap2..kat akhirat?
aku bukan baik sangat pun..amalan pun tak banyak mana..amalas tu banyak la..tapi aku usaha buat setakat mana yang aku mampu..Allah maha pengasih dan penyayang..aku yakin, walaupun aku tak mampu beribadah mcm org2 lain- kalau sehari tu ada 24jam, dia 25jam beribadah, aku yakin ada ganjaran yang Allah berikan kat aku sama ada aku sedar ataupun tak..cuma, aku rasa aku tak la "mewah" bila sampai di alam sana nanti..
Ya Allah, aku mohon perlindungan darimu dari azab neraka..amin..
Sunday, January 22, 2012
KC hilang.. :(
hari ni secara rasminya 4 hari KC tak balik umah..ntahapa lanasib dia..aku berdoa dia cuma jalan2 exploring the world sambil usya2 awek..ye la, aku takleh la nak halang naluri dia..kalau dia rasa nak balik, n Allah masih nak aku bela dia, insyaAllah dia balik..


skang ni, JOJO la tempat aku lepas rindu kat KC..sebab dia la dok teman n kawan ngn KC..papehalpun, aku redha..


ini la di si JOJO..ada jugak yang sama ngn si KC..
Wednesday, January 4, 2012
yang tersurat dan yang tersirat..
assalamualaikum..
hari ni terasa mcm nak berkongsi hasil perbincangan kedai kopi masa makan tengahari tadi gengan kawan2..sembangnya bab lain, tapi masa bersembang tu, kepala hotak aku melayang fikir benda lain..
indah sungguh bahasa melayu..
bahasa kita ni penuh dengan seni halus..sampai sapa yang buta seni, memang tak mengerti..satu perkataan yang buat aku terfikir td ialah "kurang ajar". selalunya bila disebut kurang ajar, dalam kepala kita terbayang seorang yang membuatkan kita naik angin dengan kelaku2 yang tak manis dipandang mata..kan?? bagi aku, (bukan nak ckp aku betul, tp aku cuba menilai seni dalam berbahasa) bila dikata kurang ajar, perkataan tu bukan ditujukan kepada individu yang buat hal, tapi pada ibu bapa individu tersebut..
kenapa aku kata mcm tu?? sebab, mungkin makbapak dia dah ajar, tp ajaran dia tu tak cukup..sebabtu disebut kurang ajar..bukan tak belajar punya budak..tak gitu?? kalau ada pun, mungkin disebut "tak makan diajar punya budak"..haa..sebutan mcm ni baru kena pada individu camcis tersebut..
entri kali ni bukan bermaksud yanglain..sekadar nak mengingatkan diri sendiri dan para pembaca..jangan la buat benda yang bukan2..kang org cop kurang ajar..bukan kata kat kita, tp kata kat mak bapak kita.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
