Pengikut Tegar, Thanks!

Thursday, January 26, 2012

hasil hari ni..

adeh..cuti2 ni bosan plak lepak umah..bila tak gi kerja mcm ni la jadinya..lemau! pagi2 td, badan dah mula rasa mcm berkarat..nak gerak sikit pun dah tak sedap..penuh angin satu badan ni..so, aku decide untuk menggerakkan sikit tulang pat kerat aku ni..

yeaa..mari memandikan seekor kelisa..

dah lama aku tak basuh keta..naik berkerak dah..bila nak basuh, ujan..terus takjadi nak basuh..sbb bila basuh, keta kita basah..kalau ujan pun basah jugak..so, sama ja mcm tak payah basuh..cam cilanat punya falsampah..

fuh..penat jugak basuh keta ni..teringat pulak kat kedai2 basuh keta..aku yang basuh sebijk keta ni pun penat terjelir lidah, ni kan plak depa yang sari2 dok ada tigapatploh bijik keta..stengah nyawa jugak tu..tula..sapa yang kata cari duit ni senang? aku tak setuju..pada adik2 dan anak2 yang kerjanya mengabihkan duit mak bapak tu, beringat la..nak dapat sekupang pun payah..nak kena usaha..

ni satgi ada plak yang kata, aladin senang ja dapat duit? main gosok2 pelita keluar jin..jin yang bagi duit..ni aku nak habaq pi kat hangpa..yang dia dok gosok2 pelita tu bukan nama dia usaha ka?? duit tak datang menggolekkan dirinya sendiri kat hangpa..kerana duit itu leper sifatnya..duit syiling walaupun bulat, kebarangkalian dia nak bergolek atas bulatan tu berapa persen ja pun..berenti la mimpi..pi buat benda2 berfaedah sikit..

abihtu? yang dok berdakwah, dok berceramah tu dapat duit ka? isk..ni lagi soalan yang aku rasa tak berapa patut dijawab..rezeki Allah taala tu luas..hangpa ingat, org yang berdakwah tu tak reti pakai otak ka? kalau dia tak reti pakai otak, dia tak berdakwah la..sumber duit orang, jgn persoalkan..rezeki dia, Allah dah tulis..rezeki kita pun sama la jugak mcm tu..yang penting, usaha..lagipun, kita hidup ni nak cari bekal..bekal sementara hidup atas dunia ni, dan yang penting bekal di alam baqa' nun..kekal kat sana..kalau bekal sikit2, cukup ka? kat dunia nipun, kalau bekal sikit2, mau mencungap2..kat akhirat?

aku bukan baik sangat pun..amalan pun tak banyak mana..amalas tu banyak la..tapi aku usaha buat setakat mana yang aku mampu..Allah maha pengasih dan penyayang..aku yakin, walaupun aku tak mampu beribadah mcm org2 lain- kalau sehari tu ada 24jam, dia 25jam beribadah, aku yakin ada ganjaran yang Allah berikan kat aku sama ada aku sedar ataupun tak..cuma, aku rasa aku tak la "mewah" bila sampai di alam sana nanti..

Ya Allah, aku mohon perlindungan darimu dari azab neraka..amin..

2 comments: