Pengikut Tegar, Thanks!

Monday, December 19, 2011

adeh..

Assalamualaikum..

tumpang tanya sikit boleh?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sekilo batu dengan sekilo kapas, mana yang lebih berat??

Sunday, December 18, 2011

give and take

Assalamualaikum..

aku baru lepas kemas2 depan umah..penat yaamat..tapi bukan pasal tu yang aku nak kongsi..benda yang aku nak kongsi ni datang tiba-tiba masa aku tgh lepak-lepak hilangkan penat tadi..

mcm biasa, bila melepak tu kepala otak mula la menjelajah alam lain..hanyut jap melayan fikiran..antara yang dok bermain dalam otak aku ni, biasa la..kenapa orang lain, Allah bagi kesenangan dan kemudahan..kenapa aku tak? kalau nak dapat something, kena jenuh berusaha dulu..contohnya duit..orang lain beranak2 je dah kaya raya..aku tak pulak..apa yang ada sekarang ni, hasil usaha dan ehsan Allah Taala..

layan punya layan, aku teringat ustaz dulu pernah cakap..ujian Allah tu bukan kesusahan saja..kadang2 kesenangan yang Allah bagi tu pun satu ujian..lagi teruk ujian kesenangan dari ujian kepayahan..sebab kalau kita susah, kita lebih ingat Allah..contohnya, "ya Allah, bila la aku nak kaya ni.." tapi bila senang, kita tak kata pulak "ya Allah, bila aku nak miskin ni.." tak gitu??

Alhamdulillah..aku bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi setakat aku hidup hari ni..kalau ada rezeki lebih Allah nak bagi, aku tambah bersyukur..yang sedia ada ni pun, dah cukup banyak..

aku terfikir jugak, banyak yang Allah dah bagi kat aku ni..aku?? banyak ka amalan aku ni sebagai tanda terima kasih kat Dia? aku ni hamba..Allah tuhan aku..malu rasanya asik terima je yang tuhan bagi, tp tak banyak pun buat apa yang disuruh..yang extra2 tu lagi la tak banyak..umpama kerja makan gaji buta la..overtime jauh sekali..

Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk terus jadi hambamu yang beriman..hidupkanlah aku atas jalanMu, dan janganlah matikan aku dalam kekufuran..amin..

Saturday, December 17, 2011

kusut..

duduk sesaja ni otak merewang merata-rata..paling tak ble hilang dalam kotak fikiran aku (huih, ayat..) ialah nak cari duit nak renovate umah..isk..plan dah macam2 dah dalam kepala..pitih harang takdok seseng pong bak kata orang yupiengti..

dua tiga minggu ni, memang keinginan tu semakin membuak2..tambah2 plak bila dah ada timbunan kayu-kayu rumah kat sebelah umah aku ni..adeh..mana mau cari duit ni..kan best bila celik mata esok pagi, tengok2 kat bawah katil ada tigapat juta..yahooo!!

Tuesday, December 6, 2011

Rasa best jugak walaupun tak berapa best..

hari ni result final keluar..mcm biasa aku rilek je..bukan aku yang nak ambik result pun..student2 aku yang nak ambiknya..

bukan aku nak cerita pasal result..tp pasal kegembiraan lepas dapat result tu..

yes..kalau dulu, lepas result, maunya hanged tepon aku..berderet2 sms masuk..yang ucap terima kasih banyak, yang mengadu sebab tak dapat A pun banyak..

sikalang??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

senyap sunyi..tadi je ada satu sms ucap terima kasih..senyum je aku baca..alhamdulillah..ada jugak yang terkesan dengan ilmu yang aku bg..

ntah la..bukan aku nak sangat pun orang sanjung2 apa aku buat..maybe aku kena muhasabah diri banyak lagi ni..rasanya aku dah tak seperti dulu..kene polish lg ni skill mengajar.. :)

Friday, November 4, 2011

Alhamdulillah..

fuh..lega..balik td tgk si KC takde kat tempat biasa dia tunggu aku..tp buat2 tak tau dulu..pas 10 minit takde bunyi pape, aku start la panggil..tetiba je bunyi suara si KC..bunyi mcm dekat,tp aku tak nampak..intai2, rupanya ada kat pagar umah jiran..satu pasal lak..si KC asal nampak aku je, dia lepak..taknak lompat2 ke ape..nak masuk umah org sebelah, lg la tak senonoh..dah la autogate bagai..yg si KC ni plak, dah mengiau2 je bila nampak aku..

seb baik la jiran sebelah keluar dengar KC mengiau2..dia tanya aku, kucing sape ni? aku ckp la kucing aku..dia terus buka pagar..dia ckp, mmg si KC ni tak reti nak keluar dari umah dia..dia lak tak berani nak lepas keluar sbb takut kenamakan ngn anjing..lagipun dia tak tau sapa punya..so, pas sembang2 sikit, aku pun bawak balik umah..

letak je KC atas lantai, dia terus lari n lompat masuk sangkar dia..laa..lapar rupanya..seharian kot dia tak makan..tu la..lain kali pegi lagi merayap umah org..

yang aku musykil tu satu je..mcm mana dia ble lompat gi umah sebelah..pastu tak pandai balik plak?? KC, KC....

Tak Tentreram..

assalamualaikum..

senyap sunyi hari ni..student dah start cuti sem..lecturers je tak balik2 lg..

tak berapa nak sedap hati sbb pagi2 tadi masa nak gi opis, KC takde kat umah..mana la budak kecik tu merayau..isk..

Wednesday, November 2, 2011

Seksualiti Merdeka?

Assalamualaikum..

ni la antara isu yang tengah berlegar2 kat negara aku skang ni..ntah la apa yang orang2 ni fikir..aku tak mau mintak maaf pun..sebab pendirian aku jelas..fitrah kejadian lelaki adalah untuk perempuan, dan macam tu la sebaliknya..

ntah la..tak tau nak ckp apa dah..kalau nak ckp bab2 agama, mmg tentu2 dah mereka2 ni cerdik pandai..kalau tak, mesti fitrah Allah taala ni dah cukup sempurna..mereka2 ni lebih pandai dari tuhan la tu..itu pasal la boleh cipta fitrah baru..adehh..

bagi yang masih confuse tentang jantina sendiri, meh aku bagi nasihat..zaman sekarang ni zaman teknologi..kalau tak yakin kome tu lelaki ke perempuan, tolong la pegi check DNA..kalau XX tu sah2 dah la perempuan..kalau XY tu lelaki..tak payah la nak berlagak jadi perempuan kalau kome tu lelaki dan tak payah pulak berlagak jadi lelaki kalau kome tu perempuan..setiap individu tu adakelebihan dan kekurangan..yang penting, REDHA..

dah hebat sangat ke nak lawan kuasa tuhan?? setakat nak operate ke, nak berlagak jd jantina lain ke, gua tak heran laa..kalau betol2 power, ubah la cara bernafas pulak..baru cool..Allah dah buat elok2 bernapas pakai oksigen, try la pulak korang bernapas guna air ke, pasir ke..boleh gitu?? silakan..

jangan nak tunjuk sangat yang kita tu hebat..ingat..Allah tu MAHA hebat..setakat korang nak beromen sesama jantina, Allah tak heran pun..kalau aku pun aku tak heran..Tuhan lg la..korang stakat ble ubah fitrah Allah buat je..Allah lg hebat..dia cipta korang!

ya Allah, peliharalah aku, keluargaku, saudara2 seIslamku daripada perkara2 lagha, sesat dan menyesatkan..amin..