Pengikut Tegar, Thanks!
Tuesday, June 21, 2011
bila hukum Islam dipandang remeh..
Monday, June 20, 2011
muhasabah diri sekejap..
Saturday, June 18, 2011
Tarik balik PTPTN kalau bawah 2.0??
JOHOR BAHARU 18 Jun – Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghentikan pinjaman pelajar yang memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0 ke bawah adalah wajar, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Ini katanya bagi mengelakkan ketirisan wang pembayar cukai.
"Sesiapa sahaja yang pencapaian PNGK mereka 2.0 ke bawah baik dihentikan pinjaman itu dan pelajar yang kurang komited patut menghentikan pengajian serta memilih untuk belajar semula dalam bidang yang bukan bercorak akademik,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata dengan gred serendah itu, pelajar terbabit akan sukar memperolehi pekerjaan sekali gus menimbulkan masalah dalam pembayaran balik pinjaman PTPTN.
Khaled diminta mengulas kenyataan Ahli Lembaga Pengarah PTPTN Datuk Tajul Urus Md Zin yang dilapor berkata agensi itu tidak akan berkompromi dengan pelajar yang gagal mencatat keputusan memuaskan dan akan menghentikan pinjaman mereka yang mendapat PNGK 2.0 ke bawah secara automatik. - Bernama
ni baru PTPTN. pasni kalau gov buat plak kat elaun bebudak matrik, menarik ni..Speechless..
KOTA BAHARU 18 Jun – Kelab Wartawan Kelantan Darul Naim (Kemudi) hari ini membidas kerajaan Pas Kelantan kerana menjadikan media sebagai mangsa politik dengan mengharamkan Utusan Malaysia membuat liputan pada majlis rasminya.
Timbalan Presidennya Mohd Harris Hazri Abdul Halim berkata tindakan itu tidak melambangkan Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan demokrasi.
“Seharusnya Pas Kelantan lebih bersikap terbuka kerana rakyat perlu mengetahui hal pentadbiran kerajaan melalui akhbar Utusan Malaysia.
“Perkara ini tidak wajar dipolitikkan dengan Pas menunjukkan kuasa mereka dan mengharamkan wartawan di Kelantan. Apa dosa mereka?,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan Kelantan hari ini mengharamkan akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara yang melibatkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa serta-merta.
Tindakan kerajaan pimpinan Pas itu sebagai respons kepada penyiaran karikatur yang disifatkan mereka menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina oleh akhbar terbabit. - Bernama
aku bukan penyokong mana-mana parti..tp kalau nak bidas pun, tolongla bidas secara celik fikiran..PAS ko kata tak demokratik sebab tak bagi utusan buat liputan pada majlis rasminya. Adakah suratkhabar PAS mendapat apa yg dikatakan demokrasi tu?? kalau dapat, kenapa takleh keluar hari-hari mcm utusan? pada wartawan yang menulis, tolongla tulis berita-berita yang berilmiah sikit..aku malas nak baca berita-berita yang tak mencabar minda ni..tak kira la suratkhabar apa sekalipun..
Thursday, June 16, 2011
Camni pun boleh?
Pistol di kepala guru
-
KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di ibu negara berusia 31 tahun berdepan detik mencemaskan apabila kepalanya diacukan sepucuk pistol oleh seorang lelaki dipercayai bapa muridnya, kelmarin.
Difahamkan, bapa berusia lewat 30-an itu dikatakan berang apabila guru terbabit mengetuk kepala anak perempuannya berusia 11 tahun dengan pembaris selepas gagal menjawab soalan ketika sesi pembelajaran, Isnin lalu.
Malah, lelaki sama dikatakan pernah menyerang seorang guru lain bersenjatakan pump gun tiga bulan lalu akibat tidak berpuas hati dengan tenaga pengajar itu sebelum kes itu diselesaikan pentadbiran sekolah berkenaan.
Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9.30 pagi semalam, suspek yang ‘naik hantu’ menceroboh sekolah berkenaan sebelum menyerang guru terbabit yang sedang bersarapan di kantin.
Menurut sumber, sebaik menghampiri mangsa, suspek terus menghamburkan kata-kata kesat kepada guru berkenaan.
sumber: http://www.hmetro.com
-seronok betul duduk dalam dunia pendidik ni..
intelligence vs attitude
Sunday, May 15, 2011
Selamat Hari Guru!
aku tak tau kenapa masih ada manusia yang tak reti nak respek cikgu..aku dulu pun bergelar pelajar jugak..aku jugak pernah ke tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti..ya, memang aku boleh dikategorikan sebagai pelajar nakal..TAPI, cikgu/pensyarah tetap aku sanjung sebagai orang yang patut aku hormati..
aku tak kata seorang cikgu/pendidik tu, tak kira la apa yang digelar, sebagai sempurna..tapi kita sebagai pelajar yang ambik ilmu dari pendidik2 tu, wajib hormat org2 ni..kalau tak, dari mana nak datang keberkatan ilmu tu? kalau para pendidik tu ada silapnya, tegurla..tapi biar la kena caranya..kita sendiri pun tak suka kalau kita ditegur semberono..pendidik2 pun mcm tu jugak..
mungkin para pendidik jugak perlu muhasabah diri masing2..memang kita nak dihormati..tp mcm yang org kata, rasa hormat tu bukan hak kita, tp kita kena berusaha untuk mendapatkannya..pendek kata, kalau kita buat benda tak elok, tak payah ajar pun anak2 murid kita boleh belajar sendiri jadi mcm kita..bukan susah pun..just look and learn..budak2 sekarang ni kan makin pandai..kadang2 lebih pandai dari pendidik tu sendiri..
aku bukan hebat sangat, aku opportunist..aku jenis suka amik peluang..budak2 sekarang kan pandai belaka..jadi, masa mengajar aku selit2 la jugak something yang boleh diorang jadikan panduan hidup..memang sekali sekala agak terkeluar dari subjek yg aku ajar..ye la, dari ngajar biologi masuk kearah keagamaan sket..tapi tu la..kata pun mengajar biologi=science of life..dari mana datangnya life kalau tak dari Allah..tak gitu?
akhir sekali, selamat menyambut hari guru diucapkan pada pendidik seantero alam..aku bukan la baik sangat pun..cuma aku memang suka berkongsi dan sedia melakukan improvement..
wallahu a'lam..
