Pengikut Tegar, Thanks!

Wednesday, August 11, 2010

kawin usia muda??

2-3 hari ni banyak surat khabar dan kawan2 kat cafe (sblm posa la) asik dok kupas isu nan satu ni..macam2 gaya keluaq..dari gaya cikgu sains,gaya tok ketua kampung, gaya tok imam, gaya YB..pendek kata, macam2 ada..tp panjang tak kata apa2..

ada yang kata baguih..bila kawin muda ni boleh elakkan zina..boleh ajaq budak2 muda zaman la ni berdikari, cari makan sendiri..

yang persatuan wanita pulak mula melompat..mana boleh benda macamtu kita buat..maruah wanita kita tak hormat..lalu keluarla cadangan utk mantapkan lagi pendidikan seks supaya tak berlaku lagi kes buang bayi..

arakian aku kat tepi, tersengih2 seorang diri..sokong tidak, bangkang pun idak..sbb aku rasa kedua2 pihak tak kena gaya..

kawin muda tu bagi aku tak salah..tp kita kena balik pada hukum Islam yg syumul..hukum nikah ni ada macam2..sunat, harus, makruh, wajib dan haram..tgk sendiri diri kita duduk dalam golongan yang mana..

kalau umur baru 15, lepas tu galak nak menikah, baik tak payah..pi balik umah menuntut ilmu agama dulu bagi cukup..umur 15 mmg la boleh dah bagi nafkah..tp zaman sekarang ni, nak harap nafkah batin saja mana boleh..perut mmg buncit, tp bukan sebab kenyang..cukup masa nak kena fikir lg mulut yang bertambah untuk disuap makan..

jangan ikut nafsu, lesu kita..ikut hati, mati..ikut la islam dan iman..dah tentu2 hidup kita aman..

pada persatuan wanita, mintak maaf la saya nak kata..kenapa kalau menikah muda tu merendahkan maruah kaum wanita?? bagi saya yang tak berapa tera ni, tujuan kahwin tu sbb nak jaga maruah perempuan la..kalau tak kawin, macam mana nak elak zina?

nak suruh ajar pendidikan sex?? cuba tuan puan jelaskan, nk ajar pendidikan sex yang macam mana?? anak murid lagi pakar dari para pengajar..zaman pengajar dulu, lepas kawin baru boleh tengok aurat isteri..zaman sekarang, kawin belum tentu, dah boleh tengok serba serbi..bukan setakat tengok, dah boleh test drive sekali..

bagi hamba pacal yang hina ni, selagi Islam tu kita letak kat belakang, letak kat tingkat yang paling bawah, selagi tu la masyarakat kita tak boleh nak berubah. nak cakap banyak2, sat lagi jd kot lain..cakap sikit2 sudah..moga2 yang aku ckp sikit ni, maksud yang tersirat tu sampai di hati2 mereka2 yang berkenaan..

yang baik itu dari Allah SWT. yang tak elok tu, datang dari kelemahan dan kealpaan diri aku sendiri..wabillahi taufiq, wal hidayah..

Alhamdulillah..bertemu lagi kita tahun ni..

Ramadhan Bulan Bertuah

Bulan ramadhan bulan bertuah
Bulan ibadah bulan mujahadah
Bulan rahmat bulan maghfiroh
Bulan Al-Qur'an dan lailatul qadar

Besarkan ramadhan dengan puasa
Diwaktu malamnya tambahkan ibadah
Bacalah Al-Qur'an banyakkanlah sedekah
Teraweh kerjakanlah walaupun sunnah

Pelihara mata jagalah telinga
Kawallah lidah dari yang sia-sia
Fikirkanlah yang mendatangkan faedah
Hubungkan hatimu dengan Allah

Zikir, shalawat, do'a panjatkan
Pahala ramadhan dilipat gandakan
Jangan lupakan jangan lalaikan
Ramadhan tiba setahun sekali

Bulan ramadhan bayarlah fitrah
Untuk membersihkan hati dan diri
Sebagai bantuan kepada yang susah
Agar mereka gembira di hari raya

Allahu ya Allah...
KepadaMu kami beriman
KarenaMu kami berpuasa
Di bulan ini bulan yang mulia

Kami mohon rahmatMu ya Allah...
KeampunanMu wahai Tuhan...

Banyakkan i'tikaf di sepuluh hari terakhir
Lailatul qadar berlaku di malam itu
Kita kan mendapat pahala yang besar
Seperti beribadah seribu bulan


Thursday, August 5, 2010

Keliru.

Tegang kejap urat saraf otak aku bila tgk berita tv3 td.. "Pink Lady"..musykil aku..awat la bubuh tajuk tu..dah tentu2 subjek utama tu spesis XY..awat jadi lady??

aku bukan anti lelaki lembut. mereka juga manusia ciptaan Allah. tp aku benci lelaki yang berpewatakan perempuan a.k.a mak nyah. lelaki lembut dah maknyah ni ada perbezaan yang amat luas sekali.

bagi aku, lelaki lembut tu fitrah Allah. Allah jadikan dia dgn sifat lemah lembut. tak salah. biasa la sifat lemah lembut tu..ramai pun orang2 yang aku kenal yang lembut, tp boleh hidup pun sebagai lelaki biasa. siap dah kawin ada anak empat lima org..aku sendiri yang keras ni pun lom ada rezeki lg..

sbb tu aku takleh terima bila seorang lelaki tetiba nak tampil perempuan, pastu siap modified badan lg..elok2 stendet, dah bengkak sana-sini. kalau modified jd power takpa la jugak..ni modified bg jahanam. ntah la..dari segi biologi, yg mana aku belajar dan mengajar, ko overvaul la macam mana pun bentuk tubuh badan ko tuh..genetik ko tetap XY..walaupun ko dah buang senjata kelelakian ko tuh, ko tetap tak boleh beranak..ur artificial breast cannot produce milk..

ko ingat ko dah terror..tp ko silap..ko sebenarnya terrorist..Allah dah buat ko elok2, ko pegi ubah..tak bersyukur..

n same goes to the women..sama jugak..elok2 dah jadi pompuan, nak tukar jd lelaki..stakat tukar pakaian dan gaya jalan, tak dapat ubah hakikat yg kau tu sebenarnya perempuan..genetik ko ttp XX..kalau dah rasa lelaki sangat, cuba la buka baju time tgh mandi kat laut ka, sungai ka tgh ramai2 org tu..ada berani?? masa tu baru nak teringat yang diri tu pompuan kot??

aku bukan nak ckp aku ni bagus sgt..aku tak sempurna..aku cuma insan biasa yg rasa ada kewajipan aku untuk menegur..kurang2 lepas dah dosa aku dari hanya meredhakan benda tak betul yg aku tgk dan dengar.

n please..untuk mereka2 yang terasa tempiasnya, jgn asik salahkan org lain..diri sendiri tu yg patut disalahkan..Allah hantar kita ke dunia ni dengan bekalan yg makhluk lain tak ada..amende tuh?? AKAL. Allah dah bagi, guna la..kalau tak, taraf kita sama la dengan lembu, kambing, ayam, pokok pisang dan sebagainya..tu taraf kat dunia la..kat akhirat, lain cerita..lembu tak masuk neraka..manusia kalau tak pakai AKAL tu, na'uzubillah..mintak dijauhkan la dari api neraka..jgn kata kena bakaq, kena jilat pun belum tentu kita ble stay in one piece..

sama2 la kita ingatkan diri kita, dan orang2 sekeliling kita..yg baik tu dari Allah taala..yg tak elok, bahasa tah hapa2 tu dari diri aku la yang tak sempurna ni..Wallahu a'lam..

Tuesday, July 20, 2010

Kembali Setelah Sekian Lama..

tetiba rasa mcm nak sambung balik blogging..dah lama dah tak merapu kat sini..hehehe

sebenarnya terasa nak mencarut pg td masa pegi n balik dari hospital..sbb aku gi hospital tu, lain kali la aku cerita..nape aku bengang? sbb attitude..

aku heran ngan drivers kat Malaysia ni..nk kata bengap, dah masuk kelas memandu..tp bodohnya mengalahkan lembu..lembu pun kalau amiklesen memandu mungkin cerdik sikit dari puak2ni..cuma takleh nak driving la..tak muat masuk kete..hehehe..

benda2 yg buat aku panas ni adalah seperti berikut:

1. bawak kete besar, lawa n hensem..tp bwk slow..kalau kat belah kiri takpe jugak..ni kat tengah2 alam..apa kau ingat kereta kau bayar roadtax lebih, boleh buat jalan raya mcm bapak kau punya jalan?? nak bawak slow, dok lane tepi la..common sense beb..

2. dah tau nak masuk simpang tu, ble tak BERATUR?? org lain pun ade keje jugak nak buat..ko boleh selambe je pegi depan skali, pastu bg signal nak menyelit..banyak cantik muka kau?? jalan yg satu lane, dah jd dua lane..pastu sesak..pastu ada org langgar bontotkau, n kau nak maki2 hamun org cari gaduh..hello..lain kali pasang lampu kelip2 kat atas bumbung la beb kalau dah nak cepat je manjang..STUPID!

3. dah nak masuk roundabout, tak reti2 duduk kat lane yg betul..nk amik simpang no. 3, duduk lane tgh la lahanat..yg ko duduk lane kiri sekali buat jadah apenye..tu lane utkorg nk amik simpang first..dah kau menyusahkan org lain..beratur panjang belakang kau..kalau terel takpe gak..ni nak hulur muncung kete pun terhegeh2..nak je aku turun bagi pelempang sedas dua..bukan marah ni..nasihat..

tu je la dulu yg aku ingat..sbb tu yg paling aku menyampah pun..bukan apa aku tulis ni..daripada aku dapat dosa sorang2 maki hamun dalam kete, naik darah aku silap2 kena darah tinggi, baik aku sound kat sini..untung2 ada org baca, MUNGKIN la akan sedar diri kalau terbuat tu..takde la tdo mlm termimpi2 sbb duatigapuluhratus org memaki hamun ko satu hari td sbb cara driving ko camtutttttttttt..tak sanggup aku nak tulis kat sini..

hehehe..best tak salam perkenalan semula aku..start ngn menyumpah seranah?? len kali buat la lagi..

Sunday, November 15, 2009

malas..

dah ada facebook nih, malas plak nak update blog ni..apapahal, silala melawat facebook ku..add me. email:cikgu_biologi[a]yahoo.com. tq!

Thursday, September 17, 2009

Selamattttt, Selamattttt Hari Raya!!!!

kepada semua yang mengenali, selamat hari raya aidilfitri, mohon maaf atas segala dosa, salah dan silap..hari ni aku balik muar amik my beloved wife..esok cargas balik raya umah mak, abh, tok n tokwan mertua..huhuhu..pada semua readers, selamat berhariraya n berhati2 di jalan raya.sama2 la kita doakan satu sama lain selamat sampai beraya di destinasi masing2..

Monday, September 14, 2009

palaotak aku hang..

1. bini aku tak dapat tukar2 lg..
2. kerja banyak gila!!!!!!
3. keta honda aku tak siap2 lg roadtax..dah 2 bulan aku tunggu mcm org gila!!
4. nak raya dah..duit aku akan terhybrid dengan sendirinya.. -tumbuh sayap
5. aku bengang dengan jiran aku yg buat ladang-penternakan-anjing-kat-depan-umah-dia. macam sial tak reti2 benti menyalak..nak tido pun susah. 6 ekor beb!! aku nak pindahhhhh!!!!!

-untuk makluman, ini juga antara sebab aku malas nak update blog aku ni..tunggu la rajin sikit..