Pengikut Tegar, Thanks!

Thursday, June 16, 2011

Camni pun boleh?

Pistol di kepala guru

-


KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di ibu negara berusia 31 tahun berdepan detik mencemaskan apabila kepalanya diacukan sepucuk pistol oleh seorang lelaki dipercayai bapa muridnya, kelmarin.

Difahamkan, bapa berusia lewat 30-an itu dikatakan berang apabila guru terbabit mengetuk kepala anak perempuannya berusia 11 tahun dengan pembaris selepas gagal menjawab soalan ketika sesi pembelajaran, Isnin lalu.

Malah, lelaki sama dikatakan pernah menyerang seorang guru lain bersenjatakan pump gun tiga bulan lalu akibat tidak berpuas hati dengan tenaga pengajar itu sebelum kes itu diselesaikan pentadbiran sekolah berkenaan.

Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9.30 pagi semalam, suspek yang ‘naik hantu’ menceroboh sekolah berkenaan sebelum menyerang guru terbabit yang sedang bersarapan di kantin.


Menurut sumber, sebaik menghampiri mangsa, suspek terus menghamburkan kata-kata kesat kepada guru berkenaan.

sumber: http://www.hmetro.com

-seronok betul duduk dalam dunia pendidik ni..

intelligence vs attitude

intelligence-semua org ada..bergantung pada bidang masing2..tak ada seorang manusia pun yang pandai semua benda..ya, engkau memang seorang professor dalam rocket science..try tebar roti canai tengok..ada mcm pakcik kat kedai roti canai???

attitude-tak semua org ada..engkau tak pandai pun, tapi engkau bleh jd lagi power daripada org yg intelligence kalau attitude kau betul..

intelligence+attitude= maveles

intelligence-attitude=jahanam la dunia ni

attitude-intelligence=survive

-intelligence,-attitude=berdoalah banyak-banyak supaya terus dapat rezeki dan hidup lama..

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru!

dah lama jugak rupanya aku mengajar..lima tahun..memang la tak otai lagi macam old-timer2 yang dah berpuluh tahun mengajar..at least aku paham sikit2 dunia perguruan..alhamdulillah..

aku tak tau kenapa masih ada manusia yang tak reti nak respek cikgu..aku dulu pun bergelar pelajar jugak..aku jugak pernah ke tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti..ya, memang aku boleh dikategorikan sebagai pelajar nakal..TAPI, cikgu/pensyarah tetap aku sanjung sebagai orang yang patut aku hormati..

aku tak kata seorang cikgu/pendidik tu, tak kira la apa yang digelar, sebagai sempurna..tapi kita sebagai pelajar yang ambik ilmu dari pendidik2 tu, wajib hormat org2 ni..kalau tak, dari mana nak datang keberkatan ilmu tu? kalau para pendidik tu ada silapnya, tegurla..tapi biar la kena caranya..kita sendiri pun tak suka kalau kita ditegur semberono..pendidik2 pun mcm tu jugak..

mungkin para pendidik jugak perlu muhasabah diri masing2..memang kita nak dihormati..tp mcm yang org kata, rasa hormat tu bukan hak kita, tp kita kena berusaha untuk mendapatkannya..pendek kata, kalau kita buat benda tak elok, tak payah ajar pun anak2 murid kita boleh belajar sendiri jadi mcm kita..bukan susah pun..just look and learn..budak2 sekarang ni kan makin pandai..kadang2 lebih pandai dari pendidik tu sendiri..

aku bukan hebat sangat, aku opportunist..aku jenis suka amik peluang..budak2 sekarang kan pandai belaka..jadi, masa mengajar aku selit2 la jugak something yang boleh diorang jadikan panduan hidup..memang sekali sekala agak terkeluar dari subjek yg aku ajar..ye la, dari ngajar biologi masuk kearah keagamaan sket..tapi tu la..kata pun mengajar biologi=science of life..dari mana datangnya life kalau tak dari Allah..tak gitu?

akhir sekali, selamat menyambut hari guru diucapkan pada pendidik seantero alam..aku bukan la baik sangat pun..cuma aku memang suka berkongsi dan sedia melakukan improvement..

wallahu a'lam..

Thursday, April 7, 2011

Perkataan Baru..

semalam aku sangkut kat opis..ujan lebat gila..dok boring2 tunggu ujan sereyat, aku baca2 la apa yg ada kat unit kimia..best jugak tgk menda2 kimia ni..walaupun aku takla berapa cerdik sgt pun pasal kimia..

tiba2, jumpa something yg menarik perhatian aku..TUTUP vs BALUT..ya, aku tau..benda ni ramaiyg dah tau n dianggap lame..tapi aku tgk ramai je yg buat..aku sampaikan je apa yg aku baca..moga2 dapatla jugak pahala kalau tersentuh hati sesapa yg baca..yg pasti, tutup la aurat, jgn balut aurat ye..wallahu a'lam..

Wednesday, April 6, 2011

Hoobastank-losing my grip

Another night follows the day
Like a child does to it's mother
And everywhere I look I see your face
On the face of others
And I can't escape the pain

Of all the questions I went through
I never told myself the truth
I turned my back on you and me
'Cause I was scared to see
That we weren't who we used to be

So now I'm trying hard to let go
Let you go, but I can't seem to loosen my grip
Trying hard to let go, let you go, let you go, let you go, go

I feel an emptiness inside
A part of me already died
When I pretended to go on
Like everything's okay
Then all we built began to fall
As I began to lose it all

I shut my eyes to set me free
'Cause I was scared to see
That we weren't who we used to be

So now I'm trying hard to let go
Let you go, but I can't seem to loosen my grip
Trying hard to let go, let you go, let you go, let you go, go

You're all that I ever wanted
You're everything that I need
But now it's finally over
Time for goodbyes, I'm needed

So now I'm trying hard to let go
Let you go, but I can't seem to loosen my grip
Trying hard to let go, let you go,
let you go, let you go, go

I'm trying hard to let go (let you go, let you go) let you go, go

Monday, April 4, 2011

Nenek dikelar - metro online

SENTUL: Seorang nenek berusia 79 tahun ditemui mati dibunuh dengan lehernya dikelar di depan lif 20 meter daripada rumahnya di tingkat lapan Blok 41, Flat Sri Perak, dekat Bandar Baru Sentul, di sini, semalam.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai P Veeramah ditemui jiran kira-kira jam 7.30 malam dalam keadaan terbaring dengan kecederaan parah di leher.


Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata mangsa yang sudah tidak bekerja menetap di situ bersama keluarga anaknya.

“Siasatan awal mendapati kejadian mungkin bermotifkan samun sebelum mangsa dibunuh berikutan anting-anting dipakai mangsa hilang, namun siasatan lanjut masih dilakukan,” katanya.


Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
_____________________________________________________________________________________

kalau kita perasan, hari2 ada jenayah kat Malaysia..selamat ka kita dok kat Malaysia ni? tinggi ka kadar jenayah? kalau tak selamat, sampai tahap berapa kadar jenayah tu? ada sapa2 tau??

ni yang payah duduk di Malaysia ni..kalau pulis buat kerja, org marah..bila pulis tak buat kerja, mcm ni la jadinya..

p/s: undang2 Malaysia kan undang2 ciptaan,,so, terima la yg ciptaan manusia ni selamanya takkan perfect..

Sunday, April 3, 2011

myMetroPelajar dipukul hampir dua jam

myMetroPelajar dipukul hampir dua jam

ni lagi satu penyakit..bukan nak kata aku ni bagus..tp kalau nak hantam pun, patut padan la..kita ni kalau nak marah pun, jgn la 100%..simpan sket untuk syg tu..bdak baru 7 tahun, takkan la nak hantam sampai gitu..dalam hal mcmni aku mmg salahkan cikgu tu..kalaupun budak tu nakal, waimma jahat sekalipun, tugas kita ni cikgu kena la didik dia..banyak cara kita boleh buat..bukan nak kata tak boleh sentuh langsung budak2..tp kita ada kod etika kita..jaga la sikit..jangan la sampai org tgk kerjaya guru ni buruk..suratkhabar ni bukan bleh harap..yg tak elok tu bukan semua..tapi bila cerita2camni keluar, masyarakat akan pandang serong pada SEMUA cikgu..kesannya ble tahan jugak tak elok (thanks to the cerita suratkhabar). so, aku maleh la nak ckp banyak2..Allah bagi kita akal, guna la..tak kira la guru ke, murid ke, ibubapa ke..yg elok tu Allah Taala yg atrkan, yg mana tak elok, tak sedap dibaca tu, adalah kelemahan aku sendiri..and i am willing to improve..wassalam..