Pengikut Tegar, Thanks!

Tuesday, January 31, 2012

Attitude..

assalamualaikum dan salam sejahtera..

ada sikit je benda nak share mlm ni..

1. seekor lembu boleh ditarik ke tepi sungai, tp sampai bila-bila pun tak boleh kita paksa lembu tu minum..kalau "lembu" pulak, bukan setakat nak paksa minum, nak tarik pegi tepi sungai pun susah..

2. ikan yang hidup bertahun2 dalam laut, tak masin2 pun isi dia, tetap kena tambah garam..tp "ikan" kat darat plak, tak payah celup dalam garam, tak masuk lagi laut dah terlebih masin..

3. jadi la mcm siput babi..immune..dari kecik orang panggil dia babi..dia selamber je meneruskan idup..hidup kena positif..jangan asyik nak fikir negatif..rahmat Allah tu luas..pandai2 la kita cari..Allah takkan mengubah hidup satu kaum yang tak mahu mengubah dirinya sendiri..

wallahua'lam..

Thursday, January 26, 2012

hasil hari ni..

adeh..cuti2 ni bosan plak lepak umah..bila tak gi kerja mcm ni la jadinya..lemau! pagi2 td, badan dah mula rasa mcm berkarat..nak gerak sikit pun dah tak sedap..penuh angin satu badan ni..so, aku decide untuk menggerakkan sikit tulang pat kerat aku ni..

yeaa..mari memandikan seekor kelisa..

dah lama aku tak basuh keta..naik berkerak dah..bila nak basuh, ujan..terus takjadi nak basuh..sbb bila basuh, keta kita basah..kalau ujan pun basah jugak..so, sama ja mcm tak payah basuh..cam cilanat punya falsampah..

fuh..penat jugak basuh keta ni..teringat pulak kat kedai2 basuh keta..aku yang basuh sebijk keta ni pun penat terjelir lidah, ni kan plak depa yang sari2 dok ada tigapatploh bijik keta..stengah nyawa jugak tu..tula..sapa yang kata cari duit ni senang? aku tak setuju..pada adik2 dan anak2 yang kerjanya mengabihkan duit mak bapak tu, beringat la..nak dapat sekupang pun payah..nak kena usaha..

ni satgi ada plak yang kata, aladin senang ja dapat duit? main gosok2 pelita keluar jin..jin yang bagi duit..ni aku nak habaq pi kat hangpa..yang dia dok gosok2 pelita tu bukan nama dia usaha ka?? duit tak datang menggolekkan dirinya sendiri kat hangpa..kerana duit itu leper sifatnya..duit syiling walaupun bulat, kebarangkalian dia nak bergolek atas bulatan tu berapa persen ja pun..berenti la mimpi..pi buat benda2 berfaedah sikit..

abihtu? yang dok berdakwah, dok berceramah tu dapat duit ka? isk..ni lagi soalan yang aku rasa tak berapa patut dijawab..rezeki Allah taala tu luas..hangpa ingat, org yang berdakwah tu tak reti pakai otak ka? kalau dia tak reti pakai otak, dia tak berdakwah la..sumber duit orang, jgn persoalkan..rezeki dia, Allah dah tulis..rezeki kita pun sama la jugak mcm tu..yang penting, usaha..lagipun, kita hidup ni nak cari bekal..bekal sementara hidup atas dunia ni, dan yang penting bekal di alam baqa' nun..kekal kat sana..kalau bekal sikit2, cukup ka? kat dunia nipun, kalau bekal sikit2, mau mencungap2..kat akhirat?

aku bukan baik sangat pun..amalan pun tak banyak mana..amalas tu banyak la..tapi aku usaha buat setakat mana yang aku mampu..Allah maha pengasih dan penyayang..aku yakin, walaupun aku tak mampu beribadah mcm org2 lain- kalau sehari tu ada 24jam, dia 25jam beribadah, aku yakin ada ganjaran yang Allah berikan kat aku sama ada aku sedar ataupun tak..cuma, aku rasa aku tak la "mewah" bila sampai di alam sana nanti..

Ya Allah, aku mohon perlindungan darimu dari azab neraka..amin..

Sunday, January 22, 2012

KC hilang.. :(

hari ni secara rasminya 4 hari KC tak balik umah..ntahapa lanasib dia..aku berdoa dia cuma jalan2 exploring the world sambil usya2 awek..ye la, aku takleh la nak halang naluri dia..kalau dia rasa nak balik, n Allah masih nak aku bela dia, insyaAllah dia balik..

skang ni, JOJO la tempat aku lepas rindu kat KC..sebab dia la dok teman n kawan ngn KC..papehalpun, aku redha..





ini la di si JOJO..ada jugak yang sama ngn si KC..

Wednesday, January 4, 2012

yang tersurat dan yang tersirat..

assalamualaikum..

hari ni terasa mcm nak berkongsi hasil perbincangan kedai kopi masa makan tengahari tadi gengan kawan2..sembangnya bab lain, tapi masa bersembang tu, kepala hotak aku melayang fikir benda lain..

indah sungguh bahasa melayu..

bahasa kita ni penuh dengan seni halus..sampai sapa yang buta seni, memang tak mengerti..satu perkataan yang buat aku terfikir td ialah "kurang ajar". selalunya bila disebut kurang ajar, dalam kepala kita terbayang seorang yang membuatkan kita naik angin dengan kelaku2 yang tak manis dipandang mata..kan?? bagi aku, (bukan nak ckp aku betul, tp aku cuba menilai seni dalam berbahasa) bila dikata kurang ajar, perkataan tu bukan ditujukan kepada individu yang buat hal, tapi pada ibu bapa individu tersebut..

kenapa aku kata mcm tu?? sebab, mungkin makbapak dia dah ajar, tp ajaran dia tu tak cukup..sebabtu disebut kurang ajar..bukan tak belajar punya budak..tak gitu?? kalau ada pun, mungkin disebut "tak makan diajar punya budak"..haa..sebutan mcm ni baru kena pada individu camcis tersebut..

entri kali ni bukan bermaksud yanglain..sekadar nak mengingatkan diri sendiri dan para pembaca..jangan la buat benda yang bukan2..kang org cop kurang ajar..bukan kata kat kita, tp kata kat mak bapak kita.. :)