Pengikut Tegar, Thanks!

Sunday, October 30, 2011

Lagi Cerita KC


Assalamualaikum..

kat sini takde cerita sangat pun..saje nak kongsi gambar2 si KC..gambar ni masa aku baru angkat KC masuk kereta..lembik si KC..kesian aku tgk..nak angkat kepala pun tak larat..terlentok..mengiau pun idak..sebelum angkat ni, nyaris2 si KC nak kena langgar ngn kereta..




















gambar ni pulak masa memula dah boleh jalan sikit2..Alhamdulillah, lepas letak minyak gamat, luka dia dah makin baik..aku nak bawak gi klinik, tak mampu..aku sendiri pun payah nak gi klinik..













ni gambar KC yang latest..kesian plak, selalu jadi mangsa buli kucing2 besar kat rumah aku (kucing jiran)..sudahnya, kena letak dalam sangkar.. Sorry KC..it's for your own safety..


p/s: pada yang pening baca entry kali ni, sorry..aku tak reti nak centerkan gambar..








Hobi Baru

assalamualaikum..

deepavali hari tu aku gi jalan2 cari tanah n pasu bunga..dalam perjalanan tu ternampak seko anak kucing terdampar tengah2 jalan..masa aku dekat dah ngn dia, dia panggung kepala kejap, tp tak gerak2..aku bg signal, elak kucing tu n terus park tepi jalan..

masa park tu, aku observe je kucing tu..diam jugak tak gerak2..sampai la ada satu kereta, nyaris2 nak langgar dia sebab dia tak gerak2..kesian lak aku tgk..last2 skali aku gi amik kucing tu, bawak balik umah..dari mati kena langgar, baik aku bela dulu sampai sihat..

amik je, aku tgk kat kaki dia ada darah..tapak kaki melecur n muka dia pun ada jugak luka2..aku lap dgn tisu..singgah kedai jap, beli tanah je, pastu balik umah..sampai umah je, aku pinjam jap sangkar jiran aku, a.k.a abg naim n family..niat aku nak rawat je..pastu bila dah baik, ikut la dia nak stay ke @ nak gi tempat lain..

sekarang ni nampak gayanya dah makin sihat n makin galak main..dah pandai plak tu masuk sangkar sendiri kalau nak tdo..first day je berak dalamsangkar..skang ni, dia tunggu aku balik opis, buka sangkar dia..pastu baru la dia pegi cari jamban dia..mana lagi kalau tak pasu bunga umah aku..lantak kau la KC..

oh ya..lupa pulak..aku letak nama dia KC sempena tempat aku jumpa dia..dekat2 dengan Kellie'sCastle..

moga2 Allah pelihara KC n family aku dan kurniakan kesihatan berpanjangan..amin..












ni ha si KC..tgh tdo..

Monday, October 24, 2011

Generasi Y

Assalamualikum..

Sejak menjejak umur dewasa ni (3 siris), makin semak mata aku tgk so-called-teen-agers nih..maybe aku yang semakin tua, atau kelaku mereka2 ni yang semakin takleh nak diterima?? apa yang aku notice sangat ialah:

1: bila berjalan, telinga mesti bersumbat earphone..membuatkan aku musykil..budak2 ni kalau tak sumbat menatang alah tu, terus lumpuh ke? takleh berjalan?

2: hormat pada orang tua tu dah makin kurang..bukan semua, tapi sebahgian yang besar. kalau aku dulu, nak berjalan atas lantai yang baru dimop oleh makcik cleaner dan sewaktu dengannya, amatlah terasa segan..ye la, org tu baru mop lantai..penat tak ilang lg..takkan kita dengan sukacitanya berjalan seoalh takde pape?? zaman sekarang? kadang2 makcik2 tu tgh mop pun diorang selamba je jalan..silap2 terlanggar baldi makcik2 tu..

3: susah sangat nak dengar cakap/nasihat orang..mungkin tak berapa dengar kot telinga tu..dah selalu sangat sumbat earphone..

4: fesyen pakaian yang makin lama aku tgk, makin meloya rasa tekak..ni bukan remaja je..orang tua pun sama..boleh tak kalau nak berpakaian tu, biar la yang tak menyebabkan mulut orang terbuat dosa sebab menyumpah seranah dirimu yang tak best itu??

banyak lagi la kalau nak catit satu2..ni je la sikit..yang top 4 la kiranya tahap kemenyampahan aku..please la..tolong la ingat..korang hidup atas bumi ni bukan sorang diri..bawak2 la faham perasaan org lain..