Assalamualaikum..
lama rasanya tak menaip dalam blog ni..bila browse facebook, terjumpa banyak status2 yang mengomen pasai drama2 melayu. terbaru, drama sahara yang tahapahapa..
ramai la yang marah, bengang dan sewaktu dengannya. aku? tak terkesan langsung..sbb mmg tak tgk pun drama2 mengarut mcm tu..buang masa..yang berlakon tu dh tau dah ikut arahan director. director tu pulak kompem2 dah bukan alim ulama..so, what do you expect? rentikanle layan tgk benda2 tak pekdah tu..
mesti ramai yang kata aku ni tak peduli langsung akidah2 artis n pengarah yang buat cerita bukan2 ni..hmm..maybe ada jugak betulnya tu..sbb aku rasa, akidah depa aku takleh nak baca..yang aku tau, akhlak depa la yg jahanam..
aku pun bukan baik..tp aku cuba yang terbaik dengan cara aku sendiri..macam mana? AKU TAK TENGOK cerita2 yang tak membina minda ni..wahhh..macam la bagus sgt aku ni kan? ikut suka hangpa la nak kata apa..yang aku tau, bila kita dok tgk, director2 ni akan rasa syiokkk..rating dia tinggi..dia peduli apa sama itu kutukan, maki hamun segala..janji untung maa..
so, quit being a whiner..asyik merungut, mengomen n menyalahkan orang lain..kalau rasa hebat sangat, pi masuk jamban..dalam jamban ada skrin besaq..bleh tgk diri sendiri. namanya CERMIN. tgk diri sendiri dulu sebelum dok kata kat orang..
bukan apa, dah tau dah cerita tak semenggah, tak kualiti langsung, tp dok melekat jugak depan tv..layannn..kena pulak cerita2 melayu yang meLAYUkan tu time2 maghrib pulak..lagi la syokk layan..setan pun tumpang saham sekali..maveles..
mcm besa la..aku share benda yang aku rasa berfaedah..aku bukan sempurna..Allah jua yang MAHA sempurna..yang baik ambik buat panduan..yang tak baik, pakat2 tegoq la, jgn segan.. :)
Pengikut Tegar, Thanks!
Wednesday, January 30, 2013
Thursday, December 13, 2012
Nampak??
Satu pasangan muda yang baru berkahwin menetap di sebuah rumah taman perumahan.
Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui tingkap kaca. Dia melihat jirannya sedang menyidai kain.
"Ish, awat kain hat dia basuh tu nampak tak bersih?", kata si isteri kepada suaminya.
"Macam tak reti cuci kain jaa. Mungkin dia patut pakai sabun cuci hat bagus sket."
Suaminya menoleh ke arah tingkap kaca, tetapi hanya diam dan tidak memberi sebarang komen.
Sejak hari itu setiap kali jirannya menyidai pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya pakaian yg dicuci jirannya.
Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian2 yang disidai jirannya terlihat cantik dan bersih, dan dia berkata kepada suaminya," Bang2, tengok tu, jiran kita dah belajaq bagaimana mencuci kain dgn betul. Macam tu la baru orang panggil cuci kain. Sabun apa yang dia pakai agaknya ye?"
Si suami yg mendengaq potpet2 isterinya itu lalu berkata, "Taktau la sabun apa yg dia guna tapi abang bangun awal2 pagi hari ini dan membersihkan tingkap kaca kita."
____
Dan begitulah kita dgn kehidupan.
Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan fikiran (tingkap kaca) kita memandangnya.
Jika HATI kita bersih, maka bersih pulak FIKIRAN kita. Jika FIKIRAN kita bersih, maka bersih pulak PERKATAAN kita. Jika PERKATAAN kita bersih, maka bersih (baik) pulak PERBUATAN kita. Hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita mencerminkan hidup kita. Ok ada faham ? Kalau faham pi lekaih cuci tingkap rumah hangpa. Penuh habuk tu
from: laman tarbawi

Saturday, November 24, 2012
Tahun Ujian..
Al-Fatihah buat kedua-dua arwah, Allahyarham Mohd Tajie bin Nawi dan Allahyarham Haji Mat Saman bin Awang Besar. Semoga roh-roh mereka tergolong dalam golongan Muttaqin.. Amin..
Semua yang hidup itu PASTI mati..
Tahun ini, dua tunggak keluarga Abdul Rani dan Teh Aminah telah pergi mengadap Ilahi.. Memang bagi kami sekeluarga, kehilangan itu amat dirasai. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Merancang segala sesuatu..
Semoga kehilangan mereka memberi kekuatan dan membuka pintu2 hati kita untuk terus mencari bekalan untuk kita bawa ke sana. Amin, ya Rabbal 'alamin..
Saturday, October 6, 2012
Antara dua zaman..
assalamualaikum dan salam sejahtera..
lama rasanya tak jenguk blog..bz dengan dunia..hehehe..dah dekat nak final exam..biasa la..banyak fail nak kena jenguk, banyak program nak kena bg perhatian..tp bukan benda tu semua yang nak disembangkan waktu ni..
apa yang bermain2 dalam batu jemala patik ni, bila seorang pelajar zaman dulu dibandingkan dengan pelajar zaman sekarang..menarik? jom kita pakat baca..
1. pelajar zaman dulu, bila nampak cikgu, rela lalu ikut jalan lain..hormat/takut/segan tu tebal dalam diri..pelajar zaman sekarang, berjalan tak pandang kiri kanan, kalau jalan sorg2, telinga tu mesti disumbat earfon..kalau ramai2, bersembang tak ingat dunia..jumpa cikgu? silap2 selisih bahu pun buat tak tahu..
2. pelajar zaman dulu, kena rotan sebab buat salah kat sekolah, bila balik senyap menikus..kot dibagitau kat bapak, alamat kena tambah lg la jawabnya..pelajar zaman sekarang? tak payah rotan..baru cakap nak rotan, silap2 esok lusa surat dah sampai..kena naik court..
3. pelajar zaman dulu, nak dapat bahan bacaan, bahan rujukan bukan main susah..nak beli, tak berapa nak kaya..mau tak mau, kena jugak la keluar masuk library cari bahan..boleh ja pun score exam..silap2 sampai hari ni kalau tanya, dok ingat lg benda yang belajar masa tingkatan 3 dulu. pelajar zaman sekarang? semua di hujung jari..nak cari bahan la ni aci main tanya pakcik google ngn pakcik wiki..pi sekolah, masuk kelas ngn henpon segala, siap bawak tab bagai..tu tak kira laptop lg..silap2 gaya, kalau boleh dengan pc yang monitor 24 inci tu sekali nak angkut masuk kelas..hebat..tp mengaji tak berapa nak pandai jugak pun..belajar pukui 9 td, tanya balik benda tu pukui 11 dah tak berapa nak hapai..tanya minggu depan lg la..macam takdak langsung dalam batu jemala depa..
isk..banyak lg la kalau nak kira..tp tu la kot..generasi y..mmg nabi kata, didiklah anak2 mengikut zaman, kerana zaman mereka tidak sama dengan zaman kamu..(aku main ingat ja ni..kalau tak betui, tolong perbetui la..tu aku belajaq tingkatan 4 dulu kot)..yang menjadi persoalan sekarang ni, bila anak2 semakin manja, semakin baloq, kita nak didik dengan cara nak biaq depa bertambah manja, bertambah baloq??
ya, teknologi yang ada jangan dipersia..org reka penat2, guna la..internet segala tu memang la baguih..cepat nak dapat maklumat segala..aku tak kata alat tu tak baguih..tp, pengguna2 alat tu..semakin baguih kah??tu kira yang guna cara betul..yang guna cara tak betul pulak?? lagu mana cerita?
pendidik2 zaman sekarang, toksah la dengar cakap2 orang yang tak duduk dalam dunia pendidikan ni..depa tak tau kita kerja macam mana..jangan salahkan depa, tp salahkan SEBAHAGIAN DARI KITA..berlambak pendidik2 yang baguih dok ada dalam dunia pendidikan ni..tp kita kena akui, ada jugak dikalangan kita ni yang seperti yang depa dok kata..besa la..dunia kita ni, yang elok orang tak mau kata..yang tak elok tu la dok pakat nak jaja..tanggungjawab kita la nasihat kawan2 kita hat kelaku tak berapa nak elok tu, hat mana yang 10 minit lg nak punch out, dok beratoq kat punch card, siap panas enjin kereta dah tu..sapa lagi nak nasihat kalau bukan KITA..takkan pakat nak tegoq dalam hati ja..pastu dok cerita kot belakang..kena main peranan masing2 la..yang junior, nasihat la yang junior..yang senior plak, nasihat la yang senior..kalau rasa junior boleh makan nak nasihat senior, silakan..bab yang senior nasihat junior tu, biasa la..takut depa tak terima? tu bukan kerja kita..palaotak dia duduk dalam kepala dia..bukan duduk dalam kepala kita untuk kita tolong pikiaq bg kat dia..bukan ka??
bukan nak kata aku baguih..tp at least aku nak cuba..sbb aku dok pikiaq, kalau hari2 kita keluaq rumah ikut tingkap sebab pintu rumah tak buleh bukak, maka sampai bila2 la anak cucu cicit kita masuk keluaq ikut tingkap tu..sebab apa? sebab kita tak usaha NAK REPAIR pintu yang tak boleh bukak tu..tak betui ka? sori la..nak buat mcm mana, ni blog aku..aku yang tulih buah pikiran aku..kalau rasa nak pikiaq lagu lain, silakan tulih di blog anda sendiri..
sekian, terima kasih.

Saturday, September 1, 2012
Gangnam??
sibuk skang ni pasal gangnam ni..lepas satu, satu..dengan shuffle, pastu k-pop, ni gangnam style plak..lepas ni? jahanam style?
bukan nak jeles ke apa..tapi tertanya2..kalau la gangnam tu org malaysia yang start, mau berkandaq2 kena maki, kena gelak bagai..bukan sbb apa..HUDUH!!
yang jelasnya, org malaysia ni mmg lembut hati..senang ja terima n serap benda2 tak pekdah dari luar. kalau yang elok2 tu pulak, payah sungguh nak terima.
honestly, kalau suruh pilih, aku lagi suka capoeira..sama jugak, sejenis tarian. tapi at least tarian dia untuk mempertahankan diri..bukan tarian terkinja2, tergedik2 tak tentu hala..buang karan..
maybe ramai yang entri aku kali ni sbb aku tak remaja tahun 2012, aku jumud..aku pun tak tau la..awat, kalau idup remaja taun 2012 ni wajib kena minat gangnam ka? kalau tak minat? mati kebuluran?? come on la..banyak benda lagi atas muka bumi ni boleh dibuat dari mengangakan mulut dan melelehkan air liur tgk mamat korea tu terkinja2..
Sunday, August 12, 2012
Mari Muhasabah Diri.
Ada empat jenis manusia, iaitu :-
a. Manusia yang tahu, tetapi tidak tahu
bahawa dia tahu. Itulah orang yang lalai.
Oleh itu berilah mereka peringatan.
b. Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa
dia tidak tahu. Itulah orang yang bodoh dan degil.
Oleh itu, tinggalkanlah mereka.
c. Manusia yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu.
Itulah orang yang jahil. Oleh itu, ajarlah mereka.
d. Manusia yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu.
Itulah orang yang berilmu. Oleh itu, ikutilah mereka.
- Al Khalil ibn Ahmadal Farahidi -
Sunday, August 5, 2012
Relevancy Please?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
hari ni nak memberi sedikit pendapat, tak tau la boleh diterima ke tak..tetapi sebagai pemikir bebas, rasanya patut kot ada something untuk dikongsi bersama..
al-kisahnya, benda nak cerita ni dapatnya bila balik dari kampung td..ye la, berbuka puasa dengan keluarga, bukan selalu, sekali sekala..pukul 11 drive balik, damai je jalan..kereta ada jugak la, tp tak ramai..drive punya drive, masuk jalan luas..2 lorong n takdak kereta..wahh..ini sudah bagus..
apa lagi, dah bosan+ngantok, aku tekan la sikit pedal minyak..tak laju pun..90km/j..jalan clear, 2 lane plak tu..ok la tu..tetiba pn. isteri menyaound: slow la sikit..sini limit 60km/j je..
APA?? 60km/j??? jalan mcm ni punya luas, kereta pun tak ramai, 60km/j? adeh..bukan nak kata aku ni penentang undang2..tp, pihak2 yang berkenaan, tlg la kaji semula bab2 had laju ni. ok, kalau betul nak kekalkan had laju camni..tp buat apa kita bina satria neo, proton inspira yang halajunya senang2 mencecah 180km/j? nak bawak gi mana cenggitu gaya? atas h/way pun 110 je speed limit nya..takkan nak merempit dalam kebun kelapa sawit je kot 180km/j..tu buta kayu namanya..
bukan nak suruh buang terus speed limit, tp kaji la semula..kat atas h/way tu, tak payah la 110km/j..berapa kerat je yang ikut pun..nak letak tu ok, tp biar untuk kenderaan berat dah. kereta2 ni tak payah la..kalau nak saman sebab memandu cara merbahaya, silakan..tp setakan nak saman sebab laju lebih 4 km/j, isk, harap2 tolong la matang sikit..
benda kedua yang lama dah rasa nak tanya, bila saman dikeluarkan untuk cermin gelap..ya, saya tau cermin gelap memang merbahaya sebab penjenayah boleh sembunyi belakang gelapnya cermin tu..tp tu kalau betul2 gelap ala mafia gitu..kalau sekadar gelap yang memberi sedikit rasa sejuk dan redup dalam kereta, apa salahnya tuan..malaysia kesayangan kita ni panas, jd tak bolehka dikaji semula undang2 sebegitu..
kalau nak haramkan, ok aja..tp biarla selaras..jangan la orang miskin sahaja yang kena..org kaya yang pakai bmw, estima, alphard bagai tu boleh pulak pakai, dengan alasan cermin dia memang dah gelap..iskk..negara2 tu semua jauh dari khatulistiwa, reti pulak gelapkan cermin siap2..dah abis kita ni kalau kata tinted yang dipakai tak ikut undang2, kenapa tak buat terus kereta tu, cerminnya gelapkan siap2..lepas tu baru la boleh saman orang yang nak gelapkan lagi cermin tu..betui? apa, tak boleh pakai ka idea ni? takpa, hangpa semua memang lebih bijaksana.. :)
ok, dah..sebelum aku dicop anti kerajaan, baik aku benti..apa yang aku tulis tu semuanya adalah pendapat peribadi aku..kalau terasa nak terima, ambiklah..tak payah bayar royalti pun takpa..kalau rasa tak boleh pakai, abaikan saja idea tu :) aku menulis atas kehendak diriku dengan izin Allah taala..takdak mana2 parti pun yang mempengaruhi aku..sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)