Pengikut Tegar, Thanks!

Monday, August 22, 2011

mabuk nama, mabuk kuasa??


pas semayang subuh td saja2 la layan youtube..tetiba terlayan lirik lagu ni..hmm..

benda ni peringatan untuk aku dan jugak mereka2 yang memimpin..aku sebagai suami, ada kuasa sebagai pemimpin, dan sapa2 jugak yang memimpin, terutamanya yang gila kuasa dan gila nama..ingatlah..apa yang ada tu Allah bg pinjam..bila2 boleh ditarik balik..amanah yang kita dapat tu, jaga la elok2..aku mohon pada Allah supaya diberi kekuatan dan hidayah untuk kita laksanakan tanggungjawab kita dengan baik..amin..

Monday, August 15, 2011

tabarruj

sila rujuk di sini. kesimpulannya yang boleh dibuat tu mudah - tutup aurat, tp jgn jd pelik dari org lain..

bukan saja2 post benda ni..dah naik menyampah plak tgk kat tv..asik2 konon fesyen muslimah..aku nak tanya sikit je, kalau berfesyen lebih2 tu, tujuannya bukan nak suruh org tgk kat kita ka??buat apa nak keluar duit lebih2 kalau seorang pun tak perasan kehadiran baju/fesyen hangpa tu..idak gitu??

malas nak ulas lebih2..banyak lagi org yang pakar di luar sana..pergi la menuntut ilmu..shopping, spa boleh plak berejam2..nak dengar org baca kitab, seminit pun dah menguap2..

Thursday, August 11, 2011

Islam agamaku..

sedih bila baca kat internet..org2 Islam sendiri buat agama Islam ni mcm mainan..

ya, aku bukan la ustaz, 'alim ulamak jauh sekali..aku ni seornag muslim yang sayang pada agama aku..bukan nak kata budak2 aja, yg dah tua2 pun ada jugak yang pandai sikit buat blog ni, pastu kerja dia bagi pandangan yang ikut logik akal dia yang tak berapa logik tu.

sedar2 la..kita hidup kat dunia ni pun bukan selama2..tumpang sekejap ja pun..apa saja yang kita ada kat dunia ni, kita pinjam ja pun..mati nanti bukan bleh bawak masuk kubur pun..ada sapa2 nak pasang ekon bagai dalam liang lahad?? sila angkat tgn..siap duit 3 ribu, ble pasang ngn wiring sekali siap..setahun pastu gali tgk liang lahad tu..gerenti reput serupa tu jugak la..

*moralnya, jgn jd bengong pasang ekon dalam kubo..sebab kalaupun mampu pasang ekon, sapa pulak nak pi pejabat pos bayar bil elektrik??

Tuesday, July 26, 2011

Puasa?? ke raya??

td tengok tb jap..tetiba aku pelik..puasa tak start pun lg, iklan baju raya dah berkumandang..

pastu aku tgk2 lak status2 "friends" kat fb aku, pon cerita pasal nak raya dah..

aku pun terfikir..dalam bulan hijriyah, Ramadhan datang selepas Syawal ke??

muhasabah diri sekejap..

Ya Allah, aku bermohon padamu agar diberi kesempatan padaku untuk melalui Ramadhan tahun ini,

dan jika ada umurku, jadikanlah hidupku dari Ramadhan Tahun ini hingga Ramadhan tahun hadapan berada dalam lingkungan Rahmah dan Hidayahmu..

amin..

Friday, July 8, 2011

Guru dan Ibubapa

SEKIAN lama berdebat dan menyalahkan antara satu sama lain, akhirnya keputusan kajian dilakukan University Virginia, Amerika Syarikat diharap mampu menutup mulut pihak bertelagah supaya berhenti bercakaran dan mengaku kesilapan diri.

Berdasarkan kajian, didapati ibu bapa dan gurulah yang sangat berkuasa dalam menentukan tahap pencapaian pelajar, sekali gus memainkan peranan paling penting terhadap pembinaan masa depan mereka.

Ia sekali gus bagaikan penyelamat kepada pelajar yang selama ini sering menjadi tohmahan masyarakat yang menganggap sengaja mencipta masalah untuk menarik golongan dewasa.

“Kajian ini diharap berjaya membuka mata dan menutup tuduhan pihak yang suka bertelagah agar berhenti menyalahkan antara satu sama lain.

“Dalam konteks memberi pendidikan dan memikul tanggungjawab, tiada benar atau bersalah.
“Sudah terbukti ibu bapa dan guru adalah golongan penting yang memegang kuasa utama dan sebenar yang berupaya mencorakkan segalanya diperlukan pelajar. Pengaruh itu pula sangat besar yang menjadi asas kepada segala tindakan dan penilaian.

“Jadi, hentikanlah sikap saling menuding jari, ego serta penuh keraguan kerana ia merugikan. Apa salahnya berdamai untuk memperlihatkan betapa teguhnya mereka di belakang pelajar.

“Sudah tentu pelajar akan lebih menghargai, menghormati dan bersemangat meneruskan kehidupan seraya mengubat kelukaan mereka kerana asyik dihentam masyarakat atas kesalahan yang mungkin kecil, tapi sengaja diperbesarkan,” kata koordinator kajian berkenaan, Prof Madya Timothy Konold.

Hakikatnya, di sebalik setiap kesalahan pelajar, ibu bapa dan guru sering kali menjadi barisan paling hadapan dikritik atau dipersalahkan, malah pelajar dilabel sengaja mengambil kesempatan.

Sebarang masalah yang terpalit pula sengaja diperbesar-besarkan bagi menunjukkan kelemahan pihak berlawanan juga mendapat sokongan daripada masyarakat.

Keadaan bertambah parah apabila masing-masing tidak mahu mengakui kesalahan, sebaliknya lebih tegar menghukum orang lain dengan hujah tersendiri sebagai jalan melepaskan diri daripada memikul tanggungjawab.

Sambil menyelar tindakan itu sebagai ‘pengecut’, Konold berkata, keadaan itu bukan saja akan menyebabkan kedua-dua golongan itu bertelagah, malah menjadikan pelajar mangsa yang serba salah membuat keputusan.

“Persoalannya, ketika sedang bertelagah itu, adakah mengambil kira perasaan pelajar yang menjadi penonton? Adakah sedar bahawa mereka sedang diperhatikan untuk dijadikan contoh?

“Sangat menyedihkan apabila pelajar yang hanya mempunyai masalah kecil akhirnya tidak mampu menahan diri daripada terus mencetuskan masalah lebih kerana melihat contoh tidak baik ditunjukkan ibu bapa dan guru.

“Pelajar tersepit dan kebingu?ngan memilih siapakah pihak yang benar serta mampu membantu keluar daripada kemelut permasalahan. Apa yang pasti, mereka akan memilih pihak lebih mendominasi biarpun salah,” katanya.


Konold berkata, guru lebih baik berbanding ibu bapa dalam proses pemantauan, pemerhatian dan penilaian di sekolah manakala ibu bapa adalah kelompok paling sesuai menyelidik keperluan emosi yang terbentuk di luar lingkaran institusi.

Katanya, kedua-dua kelompok itu perlu sedar peranan serta dominasi yang dipamerkan mampu menjadi ikutan kerana pelajar akan melakarkan imej paling dominan sebagai idola.

“Pelajar hanya akan memilih contoh paling ketara untuk dijadikan model, justeru, tidak hairan apabila mereka menganggap ibu bapa atau guru yang gagal tidak boleh memberi contoh yang baik.

“Jurang konflik juga akan terbina dan pelajar mungkin memanipulasikannya untuk menyampaikan maksud tertentu. Bagi ibu bapa dan guru pula menganggap ia titik mula pelajar bermasalah.

“Sebenarnya, pelajar bukan mahu melihat siapa benar atau salah, sebaliknya mahukan jawapan selain bimbingan bagi menunjukkan kebenaran bukan melihat pertelingkahan ‘orang dewasa’,” katanya mengakui formula terbaik bagi melahirkan kejayaan ialah kerjasama antara ibu bapa dan guru.

“Inilah asas paling teguh untuk mencapai maksud itu, malangnya ia sering dilupakan kerana masing-masing ‘besar diri’ kerana menganggap sudah berjaya memainkan peranan. Pelajar pula terkial-kial membuat keputusan.

“Guru atau ibu bapa, peranan mereka sangat diperlukan sebagai pembimbing bukan pemberi tekanan. Kedua-duanya perlu bekerjasama demi kebaikan masa depan pelajar,” katanya.

Kajian berkenaan bukan saja membabitkan ibu bapa dan guru, malah 562 institusi pendidikan seluruh negara. Ia turut dibentangkan kepada Pertubuhan Penyelidikan Pendidikan Amerika Syarikat (AERA) selain sokongan Profesor Robert Pianta, pakar pendidikan yang menjalankan kajian mengenai sistem sosial dan pendidikan selama 15 tahun.

Pianta mengakui ibu bapa mempunyai kekuatan dan lebih kemahiran dalam pembinaan aspek emosi dan fizikal sama ada berbentuk nyata atau imaginasi.

Guru pula lebih bijak menangani aspek agresif, bakat dan potensi kerana pelajar selalunya ingin memotretkan diri sebagai yang terbaik di kalangan rakan sebaya.

“Diri pelajar adalah gabungan unik kerana mereka memperoleh pelbagai pendedahan dalam suasana berbeza sama ada di rumah yang dikelilingi keluarga atau sekolah bersama rakan.

“Justeru, perlunya satu mekanisme hebat untuk mencungkil ‘rahsia’ itu. Pelajar boleh menjadi ‘pengikut’ yang baik atau ‘pemberontak’ hebat berdasarkan situasi semasa.

“Ibu bapa dan guru pula adalah mentor yang boleh menjadi contoh atau musuh, maka pilihan yang tepat perlu dilakukan kerana ia penentu masa depan pelajar,” katanya.

Sikap pelajar juga, akui Pianta, adalah acuan sebenar sikap ibu bapa yang boleh memberi gambaran kepada guru untuk menilai kewibawaan mereka di rumah.

Manakala profesionalisme guru pula dinilai berdasarkan kredibiliti dan kemampuan mereka menterjemahkan proses pendidikan sama ada peka kepada keperluan semasa.

“Tidak perlu pelbagai alasan, fokus sebenar adalah kejayaan melahirkan pelajar cemerlang sama ada akademik, diri dan sebagainya. Itu sudah pasti dapat menutup mulut atau pandangan yang selama ini cuba disensasikan.

“Untuk itu, bersatulah demi kebaikan bersama, bantulah mereka yang sedang berhempas pulas cuba meneruskan perjuangan hidup lebih baik,” katanya.


kawan-kawan, apa pendapat?

Tuesday, June 21, 2011

bila hukum Islam dipandang remeh..

Berita Harian Online | Resolusi hubungan sejenis perlu ditepis

yg aku musykil ni, kat Malaysia ni takdak undang2 pun yg membolehkan hubungan sejenis ni..tp mcm ramai ja semenjak dua menjak ni..tak tau la..kata negara Islam..negara ja kot Islam..

Monday, June 20, 2011

muhasabah diri sekejap..

aku baru je baca kat sini td..tgk encik ajam, senior aku letak kat fb..part yg paling aku minat ialah bila paderi tu tk boleh bezakan antara apa yg muslim (org Islam) buat dengan agama islam tu sendiri..cakap berdegar2 pasal undang2 Islam, tp pahamkah dia apa yang dikatakan dengan undang2 Islam tu??

dia sendiri cakap "there is no such thing as moderate Islam". then? tak paham2 lagi..Islam tu dah memang macam tu dari dulu sampai sekarang. tu tandanya akal manusia tak boleh lawan apa yang Allah tetapkan..cuba la lawan mcm mana pun..hukum yang Allah buat tu dah sememangnya sempurna..kita org Islam ni yang tak mampu nak paham, pastu tak berusaha pulak utk paham..tu yg jadi mcm2..

pengajaran untuk kita: kita mengaku kita beragama Islam, tp Islamkah kita? kita mengaku sebagai penganut agama Islam, tp adakah kita menjaga kesucian agama Islam tu sendiri? kita mengaku bahawa Allah adalah tuhan kita, tp kita buat tak apa yg dia suruh?? tepuk dada tanyalah iman..