Pengikut Tegar, Thanks!

Tuesday, July 20, 2010

Kembali Setelah Sekian Lama..

tetiba rasa mcm nak sambung balik blogging..dah lama dah tak merapu kat sini..hehehe

sebenarnya terasa nak mencarut pg td masa pegi n balik dari hospital..sbb aku gi hospital tu, lain kali la aku cerita..nape aku bengang? sbb attitude..

aku heran ngan drivers kat Malaysia ni..nk kata bengap, dah masuk kelas memandu..tp bodohnya mengalahkan lembu..lembu pun kalau amiklesen memandu mungkin cerdik sikit dari puak2ni..cuma takleh nak driving la..tak muat masuk kete..hehehe..

benda2 yg buat aku panas ni adalah seperti berikut:

1. bawak kete besar, lawa n hensem..tp bwk slow..kalau kat belah kiri takpe jugak..ni kat tengah2 alam..apa kau ingat kereta kau bayar roadtax lebih, boleh buat jalan raya mcm bapak kau punya jalan?? nak bawak slow, dok lane tepi la..common sense beb..

2. dah tau nak masuk simpang tu, ble tak BERATUR?? org lain pun ade keje jugak nak buat..ko boleh selambe je pegi depan skali, pastu bg signal nak menyelit..banyak cantik muka kau?? jalan yg satu lane, dah jd dua lane..pastu sesak..pastu ada org langgar bontotkau, n kau nak maki2 hamun org cari gaduh..hello..lain kali pasang lampu kelip2 kat atas bumbung la beb kalau dah nak cepat je manjang..STUPID!

3. dah nak masuk roundabout, tak reti2 duduk kat lane yg betul..nk amik simpang no. 3, duduk lane tgh la lahanat..yg ko duduk lane kiri sekali buat jadah apenye..tu lane utkorg nk amik simpang first..dah kau menyusahkan org lain..beratur panjang belakang kau..kalau terel takpe gak..ni nak hulur muncung kete pun terhegeh2..nak je aku turun bagi pelempang sedas dua..bukan marah ni..nasihat..

tu je la dulu yg aku ingat..sbb tu yg paling aku menyampah pun..bukan apa aku tulis ni..daripada aku dapat dosa sorang2 maki hamun dalam kete, naik darah aku silap2 kena darah tinggi, baik aku sound kat sini..untung2 ada org baca, MUNGKIN la akan sedar diri kalau terbuat tu..takde la tdo mlm termimpi2 sbb duatigapuluhratus org memaki hamun ko satu hari td sbb cara driving ko camtutttttttttt..tak sanggup aku nak tulis kat sini..

hehehe..best tak salam perkenalan semula aku..start ngn menyumpah seranah?? len kali buat la lagi..

Sunday, November 15, 2009

malas..

dah ada facebook nih, malas plak nak update blog ni..apapahal, silala melawat facebook ku..add me. email:cikgu_biologi[a]yahoo.com. tq!

Thursday, September 17, 2009

Selamattttt, Selamattttt Hari Raya!!!!

kepada semua yang mengenali, selamat hari raya aidilfitri, mohon maaf atas segala dosa, salah dan silap..hari ni aku balik muar amik my beloved wife..esok cargas balik raya umah mak, abh, tok n tokwan mertua..huhuhu..pada semua readers, selamat berhariraya n berhati2 di jalan raya.sama2 la kita doakan satu sama lain selamat sampai beraya di destinasi masing2..

Monday, September 14, 2009

palaotak aku hang..

1. bini aku tak dapat tukar2 lg..
2. kerja banyak gila!!!!!!
3. keta honda aku tak siap2 lg roadtax..dah 2 bulan aku tunggu mcm org gila!!
4. nak raya dah..duit aku akan terhybrid dengan sendirinya.. -tumbuh sayap
5. aku bengang dengan jiran aku yg buat ladang-penternakan-anjing-kat-depan-umah-dia. macam sial tak reti2 benti menyalak..nak tido pun susah. 6 ekor beb!! aku nak pindahhhhh!!!!!

-untuk makluman, ini juga antara sebab aku malas nak update blog aku ni..tunggu la rajin sikit..

Monday, August 17, 2009

Amende la punya mentaliti

Suara MPP: MPP tak pasti bertudung di luar kampus wajib


PEMAKAIAN tudung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) wajib bagi yang beragama Islam dan ia adalah salah satu peraturan yang ditetapkan. Bagi yang bukan beragama Islam, tiada paksaan tetapi mereka digalakkan berbuat demikian.

Itu di kampus. Bagaimana pula apabila di luar kampus. Adakah ia termaktub di dalam peraturan dan apa tindakan yang boleh diambil terhadap pelajar terbabit?


Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM, Muhammad Sofiyussalam Mohamad Johari, berkata pemakaian tudung di kalangan pelajar perempuan beragama Islam wajib ketika di kawasan universiti.

Andai mereka ingkar dengan peraturan itu, tindakan disiplin akan dikenakan.

"Itu jika mereka ingkar memakai tudung di kampus. Bagaimanapun, saya tidak pasti sama ada peraturan itu turut berkuat kuasa di luar kampus," katanya.

Bagaimanapun, katanya jika ia tidak termasuk di dalam peraturan universiti dan pelajar itu dikenakan tindakan disiplin, pihak MPP akan berusaha untuk membantu pelajar berkenaan.

"Jika ada pelajar yang digantung kerana tidak memakai tudung di luar kampus dan ia menyalahi undang-undang universiti, kita hanya memberi nasihat kepada pelajar terbabit," katanya.

Katanya, MPP akan akan menjadi orang tengah untuk berbincang dengan pengurusan universiti.

"Cara terbaik yang boleh kami lakukan ialah bersemuka dengan pihak pengurusan.

"Jika pelajar terbabit melanggar peraturan, kita akan membantu meringankan hukuman.

"Namun, andai ia tidak termaktub dalam peraturan universiti, kita akan berusaha untuk melepaskan pelajar terbabit dari hukuman," katanya. -myMetro Isnin, 17 Ogos 2009


dalam banyak2 isu, isu ni jugak yang tak abis2 dibincangkan..camni la orang islam zaman sekarang. sebab tu la muslimin di dunia ni asik kene tindas je..perintah senang pun susah nak dilaksanakan.

aku bukannya apa. cuma kadang2 terfikir..alangkan suruh tutup aurat yang tak kena bersusah payah nak bunuh orang bagai tu pun kita payah nak buat, apatah lagi kalau suruh pikul senjata nak memerangi para munafiqin dan kafirin..israel laknatullah gelak2 je kalau baca berita nih..

orang kita kat malaysia nih, payah nak cakap la..menda yang tau dah dosa, buat jugak..sebab tak nampak akibat dia depan mata..sama la macam H1N1 nih..dah tau dah boleh merebak melalui sentuhan dan udara, eh takkkk...konsert pegi jugak..disko pegi jugak..shopping berejam2 buat jugak..pastu bila demam sikit, dah mula terhegeh2 pergi hospital..menyusahkan para doktor..pastu bila org ramai sgt, lambat sikit dapat rawatan, mula la maki hamun petugas2 hospital..dey!! apa punya mentality la..ntah la..nak kiamat dah kot..aku pun dalam hati berdoa jugak..BIAR LE KIAMAT DATANG CEPAT SIKIT..aku takut lama2 nanti makin banyak dosa aku buat..tak larat tanggung dah..takut nanti aku jd redha dengan dosa yang aku n org2 sekeliling buat..bukan aku nak kata aku hebat n sempurna, nabi je yg maksum..cuma nak ingatkan..kalau boleh, sblm tdo tu bawak2 la taubat dulu..mana tau, pg2 esok kene kejut dengan malaikat je dalam kubur..sorang pun lom tentu pass, ini 2 malaikat beb..Munkar&Nakir..semoga Allah permudahkan kita..amiin..

Friday, August 14, 2009

Marhaban Ya Ramadhan..


doa
Ya Allah, ya tuhanku..
aku bermohon padamu
panjangkan umurku untuk aku nikmati nikmat Ramadhanmu..
agar dapat aku mengutip redhamu..
mengharung ujianmu ya Allah..

Ya Rabbi..
Kurniakanlah aku kekuatan iman,
keindahan akhlak,
dah kemurahan rezkimu..
peliharalah aku dari termasuk dalam golongan orang-orang yang tidak bersyukur..

Wednesday, July 22, 2009

ManU vs Malaysia..

aku tgk jugak la kat astro..n aku rasa mcm bangang je..1st, apehal la FAM letak team MALAYSIA lwn ngn ManU?? negara lain mana ada buat camtu..dorg hantar kelab je..musykil aku..

bg stengah2 org, mayb benda ni mcm biasa je..bg aku, memang tak patut..kalau sesape yg perasan, commentator astro siap gelakkan lg fenomena yg berlaku hri tu..ayat dia lebih kurang camni.. "can u see the bukil jelil stadium atmosphere..this is the national team playing against ManU, but the visitor fan is all over the stadium"..aku terjemahkan maksudnya lebih kurang camni la..ape kejadah la penyokong2 ManU lg ramai dari penyokong PASUKAN KEBANGSAAN MALAYSIA?? tak rasa malu ke?? satu dunia ble tgk, betapa pasukan kebangsaan malaysia tidak disokong oleh rakyat malaysia sendiri??

dalam hal ni, aku salahkan kedua2 pihak..FAM dan penyokong ManU warganegara Malaysia. FAM sebab memang dah silap dari awal, letak team kebangsaan lawan MU. yg penyokong MU warganegara malaysia plak, ape korang nak jd warganegara ManU ke?? ada korang layak?? lu pk la sendiri..