Pengikut Tegar, Thanks!

Friday, August 14, 2009

Marhaban Ya Ramadhan..


doa
Ya Allah, ya tuhanku..
aku bermohon padamu
panjangkan umurku untuk aku nikmati nikmat Ramadhanmu..
agar dapat aku mengutip redhamu..
mengharung ujianmu ya Allah..

Ya Rabbi..
Kurniakanlah aku kekuatan iman,
keindahan akhlak,
dah kemurahan rezkimu..
peliharalah aku dari termasuk dalam golongan orang-orang yang tidak bersyukur..

Wednesday, July 22, 2009

ManU vs Malaysia..

aku tgk jugak la kat astro..n aku rasa mcm bangang je..1st, apehal la FAM letak team MALAYSIA lwn ngn ManU?? negara lain mana ada buat camtu..dorg hantar kelab je..musykil aku..

bg stengah2 org, mayb benda ni mcm biasa je..bg aku, memang tak patut..kalau sesape yg perasan, commentator astro siap gelakkan lg fenomena yg berlaku hri tu..ayat dia lebih kurang camni.. "can u see the bukil jelil stadium atmosphere..this is the national team playing against ManU, but the visitor fan is all over the stadium"..aku terjemahkan maksudnya lebih kurang camni la..ape kejadah la penyokong2 ManU lg ramai dari penyokong PASUKAN KEBANGSAAN MALAYSIA?? tak rasa malu ke?? satu dunia ble tgk, betapa pasukan kebangsaan malaysia tidak disokong oleh rakyat malaysia sendiri??

dalam hal ni, aku salahkan kedua2 pihak..FAM dan penyokong ManU warganegara Malaysia. FAM sebab memang dah silap dari awal, letak team kebangsaan lawan MU. yg penyokong MU warganegara malaysia plak, ape korang nak jd warganegara ManU ke?? ada korang layak?? lu pk la sendiri..

Friday, July 17, 2009

Akibat Termakan Racun Paraquat..

akhirnya..ni kalau racun betui2 ni, mati dah aku..tp oleh kerana racun tu berupa kata2 dan janji2 manis, aku tak mati..tp aku kopak jugak la 1200RM secara overall..

Photobucket

ni la kuda yang aku beli dari kawan aku..baru bawak balik semalam (16/7)..

dan, petang tu jugak, pas abis keja, bebudak ni dah buli aku cukup2..bayangkan la, dengan lama tak eksersais nya, dengan first time nya, dengan petang semalam ada jamuan makan pulut durian, dorg nak suruh aku panjat bukit pacak yg ngeri belakang kolej..ampes..tak lalu aku..panjat bukit kecik sblm bukit tu pun dan menjelir lidah..tp, berjaya jugak la petang smlm aku completekan 10.8km..kira ok la utk newcomer cam aku ni..first day beb..

Photobucket
ni gambar basikal yg kepenatan..huhuhu

Wednesday, June 24, 2009

ADEH..rasa mcm termakan racun plak..

mcm ampeh je rasa..kenapa aku rasa mcm nak join je team basikal kmpk ni?? adakah kerana napsu?? atau nak ikut org?? atau tekanan kerana ukurlilit pinggang yg semakin besar angkanya dari sehari ke sehari?? hmm..lu pk la sendiri..

Friday, June 12, 2009

subhanallah...

subhanallah

semalam aku belek2 gambar kat laptop ngn ayus (adik aku)..sekali dia ckp.. "eh, perasan tak ada kalimah kat bunga tuh??"

aku tgk bebetul.. "haah laa..baru aku perasan..selama ni takde plak aku nampak"..

ce korang tgk betul2..nampak tak?? ni gambar bunga lily yg aku amik sendiri kat cameron highland..

Thursday, June 11, 2009

Award??

bini aku mengetag aku la pulak...

Photobucket


Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie

1. bini aku
2. cepat menangis
3. suke merajuk ngn aku
4. rajin wat keje umah..
5. pembersih n pengemas no 1..takleh tgk ade bende sakit mata sket kat umah..mesti dia bersihkan/kemaskan..

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya

1. tak suka update gambar dalam blog(spell it MALAS)
2. agak sengkek orangnya
3. ble dikategorikan sebagai OKU..takleh dah bersukan..sport injury
4. menyampah tgk AF, Mentor, Anak Wayang, drama melayu yg tah hape2 dan kaum kerabatnya..
5. dah 6 kali pindah umah
6. aku seorang yg lebih suka menyatakan sesuatu secara tersirat..
7. tidak romantis
8. tak suke duduk tak buat pape kat umah..
9. kalau takde aktiviti jugak, aku tdo..
10. selalu berangan jumpa duit 3 juta tepi katil bila bangun tdo..

Anda perlu memilih 5 penerima award seterusnye dan describe ttg mereka :

perlu ke?? aku mana tau sapa yg ada blog..aku bg kat budakgemok la..dia je yg aku tau kawan blogger aku..huhuhu

Tuesday, June 9, 2009

teka-teki..

apakah yg membuatkan kambing menjadi seekor kambing, lembu menjadi seekor lembu , dan burung menjadi seekor burung??

jawapannya?? tunggu aku rajin sikit lagi..nanti aku bg jawapannya..hehe..