Pengikut Tegar, Thanks!

Sunday, August 12, 2012

Mari Muhasabah Diri.

Ada empat jenis manusia, iaitu :-

a. Manusia yang tahu, tetapi tidak tahu
bahawa dia tahu. Itulah orang yang lalai.
Oleh itu berilah mereka peringatan.

b. Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa
dia tidak tahu. Itulah orang yang bodoh dan degil.
Oleh itu, tinggalkanlah mereka.

c. Manusia yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu.
Itulah orang yang jahil. Oleh itu, ajarlah mereka.

d. Manusia yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu.
Itulah orang yang berilmu. Oleh itu, ikutilah mereka.

- Al Khalil ibn Ahmadal Farahidi -

Sunday, August 5, 2012

Relevancy Please?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hari ni nak memberi sedikit pendapat, tak tau la boleh diterima ke tak..tetapi sebagai pemikir bebas, rasanya patut kot ada something untuk dikongsi bersama..

al-kisahnya, benda nak cerita ni dapatnya bila balik dari kampung td..ye la, berbuka puasa dengan keluarga, bukan selalu, sekali sekala..pukul 11 drive balik, damai je jalan..kereta ada jugak la, tp tak ramai..drive punya drive, masuk jalan luas..2 lorong n takdak kereta..wahh..ini sudah bagus..

apa lagi, dah bosan+ngantok, aku tekan la sikit pedal minyak..tak laju pun..90km/j..jalan clear, 2 lane plak tu..ok la tu..tetiba pn. isteri menyaound: slow la sikit..sini limit 60km/j je..

APA?? 60km/j??? jalan mcm ni punya luas, kereta pun tak ramai, 60km/j? adeh..bukan nak kata aku ni penentang undang2..tp, pihak2 yang berkenaan, tlg la kaji semula bab2 had laju ni. ok, kalau betul nak kekalkan had laju camni..tp buat apa kita bina satria neo, proton inspira yang halajunya senang2 mencecah 180km/j? nak bawak gi mana cenggitu gaya? atas h/way pun 110 je speed limit nya..takkan nak merempit dalam kebun kelapa sawit je kot 180km/j..tu buta kayu namanya..

bukan nak suruh buang terus speed limit, tp kaji la semula..kat atas h/way tu, tak payah la 110km/j..berapa kerat je yang ikut pun..nak letak tu ok, tp biar untuk kenderaan berat dah. kereta2 ni tak payah la..kalau nak saman sebab memandu cara merbahaya, silakan..tp setakan nak saman sebab laju lebih 4 km/j, isk, harap2 tolong la matang sikit..

benda kedua yang lama dah rasa nak tanya, bila saman dikeluarkan untuk cermin gelap..ya, saya tau cermin gelap memang merbahaya sebab penjenayah boleh sembunyi belakang gelapnya cermin tu..tp tu kalau betul2 gelap ala mafia gitu..kalau sekadar gelap yang memberi sedikit rasa sejuk dan redup dalam kereta, apa salahnya tuan..malaysia kesayangan kita ni panas, jd tak bolehka dikaji semula undang2 sebegitu..

kalau nak haramkan, ok aja..tp biarla selaras..jangan la orang miskin sahaja yang kena..org kaya yang pakai bmw, estima, alphard bagai tu boleh pulak pakai, dengan alasan cermin dia memang dah gelap..iskk..negara2 tu semua jauh dari khatulistiwa, reti pulak gelapkan cermin siap2..dah abis kita ni kalau kata tinted yang dipakai tak ikut undang2, kenapa tak buat terus kereta tu, cerminnya gelapkan siap2..lepas tu baru la boleh saman orang yang nak gelapkan lagi cermin tu..betui? apa, tak boleh pakai ka idea ni? takpa, hangpa semua memang lebih bijaksana.. :)

ok, dah..sebelum aku dicop anti kerajaan, baik aku benti..apa yang aku tulis tu semuanya adalah pendapat peribadi aku..kalau terasa nak terima, ambiklah..tak payah bayar royalti pun takpa..kalau rasa tak boleh pakai, abaikan saja idea tu :) aku menulis atas kehendak diriku dengan izin Allah taala..takdak mana2 parti pun yang mempengaruhi aku..sekian, terima kasih.

Friday, August 3, 2012

Nikah awal?

Assalamualaikum dan selamat meneruskan ibadah puasa..


firstly, entry ni bukan sbb diri aku..sbb aku ni tak la berapa muda dah pun..jadi disitu sudah dapat menangkis  tohmahan2 liar yang berlegar2 dalam kepala anda..hahahaha..


terasa nak menaip ni bila baca kat net pasal kawin2 muda ni..kat fb terutamanya..tertanya2 jugak, bila tgk komen2 dalam tu, ramai yang ckp nikah muda ni boleh elakkan zina, maksiat, fitnah dan sewaktu dengannya. Secara jujurnya, aku tak setuju dengan kenyataan tersebut sepenuhnya. 


Komen2 tersebut mmg betul kalau hangpa semua memang dah masuk tahap wajib kawin pada usia muda. Ya, aku setuju. Tp kalau hingus pun dok meleleh lagi, baca fatihah pun kena tgk kitab, nak beli sependa pun pow duit mak bapak, sorry to say..nendia pantun nak bagi kat hangpa. naik ketapi pakai baju merah, piiiirahhh..


hangpa ingat kahwin tu mcm main masak2 ka? mintak maaf la tuan2 dan puan2.. setakat nak kawin sebab nak elakkan zina konon..hangpa kawin sebab nak beromen saja ka? tanggungjawab plak nak letak tang mana? makan pakai, dosa pahala, semua tu hangpa ingat belakang kira ka? akal Allah bagi, guna betul2..sebab tu Allah buat otak duduk atas sekali..suruh kita muliakan..supaya bila kita berfikir dengan otak, mmg nampak perbezaan bila kita pikir ngn pala lutut.


Secara logiknya, kalau la semata2 dengan nikah tu masalah2 maksiat, zina, fitnah dsb dapat disetelkan, hangpa tak fikir ka kenapa Allah tak fardhukan terus nikah tu terus keatas umat Islam? kira kalau tak kahwin, berdosa besar. Boleh fikir? Ka palaotak kejang seketika??


dah la..malas aku nak cakap banyak2..sebelum hangpa dok gatai meghela nak kawen muda konon, check dulu diri hangpa tu..boleh tak boleh nak jaga anak orang, nak tanggung dosa dia kalau dia buat dosa. yang perempuan pulak, boleh ka dak nak didik hati tu nak jadi isteri taat, isteri solehah. Jangan lupa, kalau suami tak berjaya didik isteri, dan isteri pun tak reti2 bila kena didik, akhirat tu amik la habuan. baik mcm mana pun lelaki tu, kalau bini dia tak lepas timbangan, dengan suami2 sekali kena tarik join sekali.


last skali, kalau hangpa ingat nikah tu penting sangat, cuba gerakkan sikit neuron2 dalam otak tu, fikir. kenapa agaknya solat dan puasa tu Allah fardhukan atas kita semua? Bukan untuk didik jiwa? bukan untuk didik nafsu? agak2 bleh setel dak problem yang selama ni diwar2kan boleh disetelkan dengan kawin muda konon2 nya tu??


:) aku pun tak perfect..Allah juga yang perfect. entri ni bukan tujuan nak tunjuk aku hebat ka apa. saja nak nasihat diri sendiri..