Assalamualaikum..
aku baru lepas kemas2 depan umah..penat yaamat..tapi bukan pasal tu yang aku nak kongsi..benda yang aku nak kongsi ni datang tiba-tiba masa aku tgh lepak-lepak hilangkan penat tadi..
mcm biasa, bila melepak tu kepala otak mula la menjelajah alam lain..hanyut jap melayan fikiran..antara yang dok bermain dalam otak aku ni, biasa la..kenapa orang lain, Allah bagi kesenangan dan kemudahan..kenapa aku tak? kalau nak dapat something, kena jenuh berusaha dulu..contohnya duit..orang lain beranak2 je dah kaya raya..aku tak pulak..apa yang ada sekarang ni, hasil usaha dan ehsan Allah Taala..
layan punya layan, aku teringat ustaz dulu pernah cakap..ujian Allah tu bukan kesusahan saja..kadang2 kesenangan yang Allah bagi tu pun satu ujian..lagi teruk ujian kesenangan dari ujian kepayahan..sebab kalau kita susah, kita lebih ingat Allah..contohnya, "ya Allah, bila la aku nak kaya ni.." tapi bila senang, kita tak kata pulak "ya Allah, bila aku nak miskin ni.." tak gitu??
Alhamdulillah..aku bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi setakat aku hidup hari ni..kalau ada rezeki lebih Allah nak bagi, aku tambah bersyukur..yang sedia ada ni pun, dah cukup banyak..
aku terfikir jugak, banyak yang Allah dah bagi kat aku ni..aku?? banyak ka amalan aku ni sebagai tanda terima kasih kat Dia? aku ni hamba..Allah tuhan aku..malu rasanya asik terima je yang tuhan bagi, tp tak banyak pun buat apa yang disuruh..yang extra2 tu lagi la tak banyak..umpama kerja makan gaji buta la..overtime jauh sekali..
Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk terus jadi hambamu yang beriman..hidupkanlah aku atas jalanMu, dan janganlah matikan aku dalam kekufuran..amin..