assalamualaikum dan salam sejahtera..
lama rasanya tak jenguk blog..bz dengan dunia..hehehe..dah dekat nak final exam..biasa la..banyak fail nak kena jenguk, banyak program nak kena bg perhatian..tp bukan benda tu semua yang nak disembangkan waktu ni..
apa yang bermain2 dalam batu jemala patik ni, bila seorang pelajar zaman dulu dibandingkan dengan pelajar zaman sekarang..menarik? jom kita pakat baca..
1. pelajar zaman dulu, bila nampak cikgu, rela lalu ikut jalan lain..hormat/takut/segan tu tebal dalam diri..pelajar zaman sekarang, berjalan tak pandang kiri kanan, kalau jalan sorg2, telinga tu mesti disumbat earfon..kalau ramai2, bersembang tak ingat dunia..jumpa cikgu? silap2 selisih bahu pun buat tak tahu..
2. pelajar zaman dulu, kena rotan sebab buat salah kat sekolah, bila balik senyap menikus..kot dibagitau kat bapak, alamat kena tambah lg la jawabnya..pelajar zaman sekarang? tak payah rotan..baru cakap nak rotan, silap2 esok lusa surat dah sampai..kena naik court..
3. pelajar zaman dulu, nak dapat bahan bacaan, bahan rujukan bukan main susah..nak beli, tak berapa nak kaya..mau tak mau, kena jugak la keluar masuk library cari bahan..boleh ja pun score exam..silap2 sampai hari ni kalau tanya, dok ingat lg benda yang belajar masa tingkatan 3 dulu. pelajar zaman sekarang? semua di hujung jari..nak cari bahan la ni aci main tanya pakcik google ngn pakcik wiki..pi sekolah, masuk kelas ngn henpon segala, siap bawak tab bagai..tu tak kira laptop lg..silap2 gaya, kalau boleh dengan pc yang monitor 24 inci tu sekali nak angkut masuk kelas..hebat..tp mengaji tak berapa nak pandai jugak pun..belajar pukui 9 td, tanya balik benda tu pukui 11 dah tak berapa nak hapai..tanya minggu depan lg la..macam takdak langsung dalam batu jemala depa..
isk..banyak lg la kalau nak kira..tp tu la kot..generasi y..mmg nabi kata, didiklah anak2 mengikut zaman, kerana zaman mereka tidak sama dengan zaman kamu..(aku main ingat ja ni..kalau tak betui, tolong perbetui la..tu aku belajaq tingkatan 4 dulu kot)..yang menjadi persoalan sekarang ni, bila anak2 semakin manja, semakin baloq, kita nak didik dengan cara nak biaq depa bertambah manja, bertambah baloq??
ya, teknologi yang ada jangan dipersia..org reka penat2, guna la..internet segala tu memang la baguih..cepat nak dapat maklumat segala..aku tak kata alat tu tak baguih..tp, pengguna2 alat tu..semakin baguih kah??tu kira yang guna cara betul..yang guna cara tak betul pulak?? lagu mana cerita?
pendidik2 zaman sekarang, toksah la dengar cakap2 orang yang tak duduk dalam dunia pendidikan ni..depa tak tau kita kerja macam mana..jangan salahkan depa, tp salahkan SEBAHAGIAN DARI KITA..berlambak pendidik2 yang baguih dok ada dalam dunia pendidikan ni..tp kita kena akui, ada jugak dikalangan kita ni yang seperti yang depa dok kata..besa la..dunia kita ni, yang elok orang tak mau kata..yang tak elok tu la dok pakat nak jaja..tanggungjawab kita la nasihat kawan2 kita hat kelaku tak berapa nak elok tu, hat mana yang 10 minit lg nak punch out, dok beratoq kat punch card, siap panas enjin kereta dah tu..sapa lagi nak nasihat kalau bukan KITA..takkan pakat nak tegoq dalam hati ja..pastu dok cerita kot belakang..kena main peranan masing2 la..yang junior, nasihat la yang junior..yang senior plak, nasihat la yang senior..kalau rasa junior boleh makan nak nasihat senior, silakan..bab yang senior nasihat junior tu, biasa la..takut depa tak terima? tu bukan kerja kita..palaotak dia duduk dalam kepala dia..bukan duduk dalam kepala kita untuk kita tolong pikiaq bg kat dia..bukan ka??
bukan nak kata aku baguih..tp at least aku nak cuba..sbb aku dok pikiaq, kalau hari2 kita keluaq rumah ikut tingkap sebab pintu rumah tak buleh bukak, maka sampai bila2 la anak cucu cicit kita masuk keluaq ikut tingkap tu..sebab apa? sebab kita tak usaha NAK REPAIR pintu yang tak boleh bukak tu..tak betui ka? sori la..nak buat mcm mana, ni blog aku..aku yang tulih buah pikiran aku..kalau rasa nak pikiaq lagu lain, silakan tulih di blog anda sendiri..
sekian, terima kasih.