Suara MPP: MPP tak pasti bertudung di luar kampus wajib
PEMAKAIAN tudung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) wajib bagi yang beragama Islam dan ia adalah salah satu peraturan yang ditetapkan. Bagi yang bukan beragama Islam, tiada paksaan tetapi mereka digalakkan berbuat demikian.
Itu di kampus. Bagaimana pula apabila di luar kampus. Adakah ia termaktub di dalam peraturan dan apa tindakan yang boleh diambil terhadap pelajar terbabit?
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM, Muhammad Sofiyussalam Mohamad Johari, berkata pemakaian tudung di kalangan pelajar perempuan beragama Islam wajib ketika di kawasan universiti.
Andai mereka ingkar dengan peraturan itu, tindakan disiplin akan dikenakan.
"Itu jika mereka ingkar memakai tudung di kampus. Bagaimanapun, saya tidak pasti sama ada peraturan itu turut berkuat kuasa di luar kampus," katanya.
Bagaimanapun, katanya jika ia tidak termasuk di dalam peraturan universiti dan pelajar itu dikenakan tindakan disiplin, pihak MPP akan berusaha untuk membantu pelajar berkenaan.
"Jika ada pelajar yang digantung kerana tidak memakai tudung di luar kampus dan ia menyalahi undang-undang universiti, kita hanya memberi nasihat kepada pelajar terbabit," katanya.
Katanya, MPP akan akan menjadi orang tengah untuk berbincang dengan pengurusan universiti.
"Cara terbaik yang boleh kami lakukan ialah bersemuka dengan pihak pengurusan.
"Jika pelajar terbabit melanggar peraturan, kita akan membantu meringankan hukuman.
"Namun, andai ia tidak termaktub dalam peraturan universiti, kita akan berusaha untuk melepaskan pelajar terbabit dari hukuman," katanya. -myMetro Isnin, 17 Ogos 2009
dalam banyak2 isu, isu ni jugak yang tak abis2 dibincangkan..camni la orang islam zaman sekarang. sebab tu la muslimin di dunia ni asik kene tindas je..perintah senang pun susah nak dilaksanakan.
aku bukannya apa. cuma kadang2 terfikir..alangkan suruh tutup aurat yang tak kena bersusah payah nak bunuh orang bagai tu pun kita payah nak buat, apatah lagi kalau suruh pikul senjata nak memerangi para munafiqin dan kafirin..israel laknatullah gelak2 je kalau baca berita nih..
orang kita kat malaysia nih, payah nak cakap la..menda yang tau dah dosa, buat jugak..sebab tak nampak akibat dia depan mata..sama la macam H1N1 nih..dah tau dah boleh merebak melalui sentuhan dan udara, eh takkkk...konsert pegi jugak..disko pegi jugak..shopping berejam2 buat jugak..pastu bila demam sikit, dah mula terhegeh2 pergi hospital..menyusahkan para doktor..pastu bila org ramai sgt, lambat sikit dapat rawatan, mula la maki hamun petugas2 hospital..dey!! apa punya mentality la..ntah la..nak kiamat dah kot..aku pun dalam hati berdoa jugak..BIAR LE KIAMAT DATANG CEPAT SIKIT..aku takut lama2 nanti makin banyak dosa aku buat..tak larat tanggung dah..takut nanti aku jd redha dengan dosa yang aku n org2 sekeliling buat..bukan aku nak kata aku hebat n sempurna, nabi je yg maksum..cuma nak ingatkan..kalau boleh, sblm tdo tu bawak2 la taubat dulu..mana tau, pg2 esok kene kejut dengan malaikat je dalam kubur..sorang pun lom tentu pass, ini 2 malaikat beb..Munkar&Nakir..semoga Allah permudahkan kita..amiin..